DUNIA
Texas: 109 maut akibat banjir, 161 masih hilang
Keadaan di sebuah rumah yang musnah akibat banjir Sungai Guadalupe yang melanda pada 4 Julai lalu, di Kerrville, Texas, 8 Julai 2025. (Foto AP)
WASHINGTON: Bencana banjir kilat yang melanda kawasan perbukitan di Texas kini meragut 109 nyawa, dengan 161 orang masih hilang di daerah Kerr yang terjejas teruk, kata Gabenor Texas daripada Parti Republikan, Greg Abbott pada Selasa, lapor agensi berita Jerman dpa.
Abbott memberitahu pemberita pada sidang media bahawa pasukan penyelamat akan terus berusaha "sehingga setiap individu yang hilang berjaya dikesan."
Jumlah mereka yang hilang adalah jauh lebih tinggi berbanding laporan awal, namun Abbott menjelaskan ia disebabkan orang ramai membuat panggilan melaporkan kehilangan ahli keluarga sejak beberapa hari lalu.
Pasukan mencari dan menyelamat juga tidak mempunyai data tepat mengenai siapa yang berada di kawasan percutian popular itu sejak pagi Jumaat, apabila banjir melanda secara tiba-tiba semasa hujung minggu cuti panjang, mengejutkan ramai pengunjung.
Ramai keluarga dilaporkan tidak menginap di hotel berdaftar sebaliknya, berkhemah secara bebas di tebing sungai.
Pihak berkuasa telah menggesa orang ramai untuk melaporkan sebarang kehilangan individu kepada pihak berkuasa.
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bersama isterinya, Wanita Pertama, Melania, dijadual melawat kawasan terjejas banjir di Texas pada Jumaat, kata Abbott, iaitu sekutu Trump.
-- BERNAMA