awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Texas akan kenakan caj ke atas kenderaan elektrik

Bernama
Bernama
17/08/2023
04:54 MYT
Texas akan kenakan caj ke atas kenderaan elektrik
Mulai September, pemandu kenderaan elektrik (EV) di Texas, perlu membayar caj tambahan AS$200 setiap tahun untuk mendaftarkan kenderaan mereka. - Gambar hiasan
HOUSTON: Mulai September, pemandu kenderaan elektrik (EV) di Texas, perlu membayar caj tambahan AS$200 setiap tahun untuk mendaftarkan kenderaan mereka, Xinhua memetik laporan media tempatan pada Rabu.
Jika mereka berhasrat membeli EV lain, ia akan menelan kos pendahuluan sekitar AS$400, menurut undang-undang baharu yang mengenakan bayaran ke atas EV bagi menggantikan cukai petrol.
Bayaran tidak akan dikenakan kepada kenderaan hibrid.
Hasil yang dikutip daripada caj berkenaan akan disalurkan ke dalam dana lebuh raya negeri untuk membantu membayar projek pembinaan dan penyelenggaraan jalan raya.
Menurut eenews.net, caj berkenaan hampir dua kali ganda daripada purata cukai yang dibayar oleh pemandu yang menggunakan petrol.
Caj EV baharu ini antara yang paling mahal di seluruh negara, berbanding cukai petrol yang tidak berubah sejak 1991, dan kini merupakan antara paling murah di Amerika Syarikat.
Langkah lain yang diterima pakai di negeri ini termasuk cukai baharu ke atas pemandu yang menggunakan stesen pengecas.
Pentadbiran Biden telah memperkenalkan subsidi besar-besaran untuk beberapa EV di bawah Akta Pengurangan Inflasi, bersama-sama dengan piawai pencemaran ekzos baharu daripada Agensi Perlindungan Alam Sekitar.
Pasaran EV AS diramalkan meningkat dua kali ganda berbanding pada 2021, menurut laporan itu. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#kenderaan elektrik
#EV
#Texas Amerika Syarikat
#caj tambahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan