BANGKOK: Thailand mengalu-alukan kumpulan pelancong pertama dari China, selepas tiga tahun dilanda pandemik COVID-19 dan berharap lebih banyak pelancong China melawat negara itu bagi membantu memulihkan industri pelancongan.
Dua kumpulan pertama membabitkan kira-kira 40 pelancong dari Guangzhou tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang, sejurus Beijing menarik balik sekatan COVID-19 terhadap lawatan berkumpulan mulai Isnin.
Pegawai kanan dari Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand (TAT) dan Kedutaan China di Thailand serta wakil sektor awam dan swasta Thailand turut mengalu-alukan ketibaan kumpulan pelancong di lapangan terbang.
Sebanyak 14 penerbangan yang membawa rombongan pelancong dari China dijadual tiba di Thailand pada Isnin.
Selain Guangzhou, penerbangan yang dikendalikan pelbagai syarikat dijadualkan berlepas dari beberapa bandar di China iaitu Xiamen, Beijing, Shanghai, Nanjing, Chengdu, dan Nanning turut mendarat di lapangan terbang Bangkok dan Phuket.
TAT memaklumkan kumpulan pelancong itu mempunyai jadual perjalanan enam hari ke destinasi pelancongan popular termasuk kuil dan pantai di Bangkok serta pulau-pulau berdekatan seperti Pattaya dan Koh Samet.
Sementara itu, gabenor TAT Yuthasak Supasorn berkata Thailand berbesar hati menjadi antara 20 negara yang dipilih bagi mengalu-alukan kedatangan kumpulan pelancong dari China sekali lagi.
"Kami amat berbesar hati menerima kedatangan kumpulan pertama ini, dan menantikan lebih banyak lagi pengunjung pada masa akan datang.
"Terima kasih kami ucapkan kepada China, pengusaha pelancongan dan pelancong China sendiri atas keyakinan berterusan mereka memilih Thailand sebagai destinasi percutian pilihan.
"TAT memaklumkan Thailand bersedia mengalu-alukan kedatangan 5 juta pelancong China tahun ini," katanya.
Pada 2022, seramai 286,511 pelancong dari China melawat Thailand.
Dari 1 Januari hingga 2 Februari tahun ini, Thailand mengalu-alukan kemasukan 99,429 pelancong China.
Sekitar 300,000 pelancong China diunjurkan melawat Thailand pada suku pertama dan menyasarkan 5 juta ketibaan untuk pasaran China pada 2023.
Thailand, salah satu destinasi pelancongan paling popular di Asia, telah dikunjungi hampir 40 juta orang pada 2019.
Bagaimanapun, industri pelancongan di negara gajah putih itu hampir merudum akibat pandemik, hingga memaksa kerajaan memperkenalkan syarat kemasukan yang ketat dan mahal.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 06 2023
Thailand, salah satu destinasi pelancongan paling popular di Asia, telah dikunjungi hampir 40 juta orang pada 2019. - Gambar hiasan/ Unsplash
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pelajar Malaysia di Syria selamat
Pelajar Malaysia di Syria maklumkan mereka dalam keadaan selamat.
Young Tigress mulakan Piala Remaja Asia dengan langkah kanan
Skuad negara membuka tirai jaringan seawal minit kesembilan menerusi pukulan sudut penalti oleh Nurshamine Azureen Mohammed Badusha.
Polis buka kertas siasatan tiga anggota polis berhibur di Golok
Polis Kelantan membuka kertas siasatan berhubung tiga anggota polis yang disyaki berhibur di Golok, Thailand.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MAQIS gagalkan cubaan seludup 23 tan ayam sejuk beku dari Thailand
MAQIS turut menggagalkan cubaan membawa masuk sebanyak 16,904kg cili di Pintu Masuk Bukit Kayu Hitam pada Sabtu lalu.
Pelajar rentas Sungai Golok akan ditempatkan di asrama - Fadhlina
Pelajar warganegara Malaysia yang menetap di Thailand dan merentas Sungai Golok untuk bersekolah di negara ini, bakal ditempatkan di asrama.
PGA rampas 10 kambing dimuat dalam guni cuba diseludup masuk dari negara jiran
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas 10 ekor kambing bernilai kira-kira RM10,000 cuba diseludup masuk dari negara jiran.
Thailand kesan kes pertama penyakit berkaitan 'vape'
Akhbar Bangkok Post melaporkan, seorang lelaki dari Buri Ram telah dikesan menghidap penyakit Evali, atau kecederaan paru-paru berkaitan rokok elektronik atau 'vape'.
Polis tumpaskan dua cubaan seludup kosmetik buatan Thailand
Dua cubaan menyeludup produk kosmetik berjaya ditumpaskan sepasukan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di Pasir Mas.
ACT Wanita: Malaysia tewas tipis 1-2 kepada Jepun
Malaysia memperoleh gol tunggal menerusi jaringan padang Nur Iman Adawiyah Mohd Suhami pada minit ke-26.
Malaysia tidak iktiraf penjenayah rentas sempadan miliki dua kerakyatan - Saifuddin
Malaysia tidak mengiktiraf individu yang mempunyai dua kewarganegaraan, susulan laporan polis Thailand bahawa banyak penjenayah rentas sempadan memiliki dua kad pengenalan.