Skip to main content

Dunia

Thailand batal visa warga Israel susulan pertikaian di zoo Koh Samui

Thai zoo owner files complaint over threats by Israeli visitors Koh Samui zoo owner alleges threats against her family and business after dispute over decision to bar Israeli visitors
Pemilik zoo berkata tindakan itu dibuat susulan beberapa insiden didakwa melibatkan pelawat Israel yang enggan membayar yuran masuk, melanggar peraturan taman serta mengganggu haiwan di premis berkenaan. -Gambar fail/Anadolu
Advertisement

BANGKOK: Kerajaan Thailand mengesahkan pembatalan visa seorang warga Israel yang didakwa menawarkan ganjaran wang tunai bagi mencederakan pengurus sebuah taman haiwan terbuka di pulau pelancongan Koh Samui.

Menteri Pelancongan dan Sukan Thailand, Surasak Phancharoenworakul, berkata tindakan itu diambil bagi mengawal keadaan serta mengelakkan pertikaian tersebut daripada terus menjejaskan keselamatan awam.

Beliau berkata Thailand mengalu-alukan kehadiran pelancong asing yang mematuhi undang-undang serta menghormati budaya tempatan, namun tidak akan membenarkan mana-mana pihak membawa konflik dari luar negara ke negara itu.

Pertikaian itu bermula pada 12 Ogos apabila sebuah keluarga mendakwa mereka dihalang memasuki Samui Exotic Park selepas kakitangan taman mengetahui mereka berasal dari Israel. 

Keluarga berkenaan turut mendakwa berlaku kekasaran membabitkan pengurus operasi warga Perancis, Kevin Dimino.

Bagaimanapun, pemilik taman berkenaan, Jindarat, menafikan dakwaan tersebut dan berkata tindakan itu dibuat susulan beberapa insiden sebelum ini yang didakwa melibatkan pelawat Israel enggan membayar yuran masuk, melanggar peraturan taman serta mengganggu haiwan di premis berkenaan.

Pertikaian itu bertambah tegang selepas Kevin mempamerkan bendera Palestin di kawasan taman berkenaan, sekali gus mencetuskan perdebatan dalam talian dan perhatian meluas di media sosial.

Menurut laporan media Thailand, seorang lelaki Israel telah didenda 5,000 baht dan dikenakan hukuman penjara tertangguh selama dua tahun berhubung ugutan yang dikaitkan dengan pertikaian tersebut. 

Pihak berkuasa turut menyiasat dakwaan bahawa seorang lagi warga Israel menawarkan ganjaran 500,000 baht bagi mencederakan Kevin.

Susulan kejadian itu, pihak berkuasa Thailand meningkatkan pemantauan keselamatan serta menjalankan siasatan terhadap semua pihak yang terlibat.

Must Watch Video

Advertisement