awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thailand: Bekas isteri mangsa tembak warga Malaysia antara ditahan polis bantu siasatan

Bernama
Bernama
18/02/2023
08:13 MYT
Thailand: Bekas isteri mangsa tembak warga Malaysia antara ditahan polis bantu siasatan
Pada Sabtu lepas, seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 55 tahun dilaporkan cedera parah di perut dan paha selepas terkena tiga das tembakan di hadapan sebuah kedai serbaneka di Betong. - Gambar hiasan
BEKAS isteri kepada warga Malaysia yang parah ditembak oleh penyerang tidak dikenali dalam satu kejadian di Jalan Chantharothai, bandar Betong, wilayah Yala di selatan Thailand pada Sabtu lepas (11 Feb) antara ditahan polis Thailand bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Betong, Kol. Pol. Sanya Thongsawat mengesahkan individu warga Thailand berusia 40 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Betong pada Khamis.
Pada hari yang sama, beliau berkata polis juga menahan seorang lelaki yang merupakan suspek utama kes tembak itu di sebuah stesen minyak di Chana, Songkhla selepas mahkamah mengeluarkan waran tangkap.
"Polis berjaya mengenalpasti kedua-dua suspek berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian dan kawasan berdekatan.
"Suspek lelaki mengakui pernah bertelingkah dan berdendam dengan mangsa ketika bekerja di pusat hiburan milik suspek wanita (bekas isteri mangsa) sehingga menembak mangsa pada 11 Feb lepas," katanya ketika dihubungi Bernama.
Sanya berkata suspek lelaki juga mengaku bahawa pistol yang digunakan ketika kejadian telah dibuang di tepi jalan ketika dalam perjalanan ke Songkhla manakala motosikalnya telah disembunyikan di Betong.
"Bekas isteri mangsa dipercayai membantu suspek melarikan diri selepas kejadian itu," katanya.
Pada Sabtu lepas, seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 55 tahun dilaporkan cedera parah di perut dan paha selepas terkena tiga das tembakan di hadapan sebuah kedai serbaneka kira-kira pukul 9 malam (waktu tempatan).
Mangsa telah dibawa ke Hospital Betong bagi mendapatkan rawatan lanjut dan kini dalam keadaan stabil.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekas isteri
#mangsa tembak
#yala
#selatan thailand
#polis thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan