DUNIA
Thailand bersihkan 99 peratus periuk api di kawasan sempadan Kemboja
Konflik sempadan sejak 24 Julai telah menyebabkan 18 kematian, 39 kecederaan dan lebih 150,000 pemindahan, menjejaskan lebih 780,000 orang di tujuh wilayah Thailand. - Gambar fail/ Reuters
SI SAKET (Thailand): Thailand berjaya membersihkan lebih 99 peratus periuk api di kawasan sempadannya dengan Kemboja.
Ringkasan AI
Ketua Pengarah Jabatan Penerangan, Kementerian Luar Thailand Nikorndej Balankura berkata kerja-kerja pembersihan periuk api akan diteruskan bagi memastikan keselamatan jangka panjang serta keamanan kepada penduduk di kawasan itu.
"Kami mempunyai keupayaan. Kami telah membersihkan lebih 99.5 peratus periuk api di wilayah kami, dan hanya tinggal 0.5 peratus yang boleh diuruskan dengan sumber dalaman kami," katanya kepada Bernama dalam satu temu bual baru-baru ini.
Bagaimanapun, Nikorndej berkata Thailand akan terus menggesa Kemboja agar bekerjasama dalam usaha pembersihan periuk api bersama.
Beliau berkata gesaan serupa juga akan dibangkitkan melalui Jawatankuasa Antarabangsa mengenai Pematuhan Kerjasama di bawah Konvensyen Ottawa yang diterima pakai masyarakat antarabangsa pada 1997 untuk mengharamkan penggunaan senjata itu.
Sementara itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri Visarn Techateerawat mendedahkan bahawa sejak konflik sempadan bermula pada 24 Julai, terdapat 18 kematian dan 39 kecederaan direkodkan di tujuh wilayah sepanjang sempadan Thailand-Kemboja.
"Secara keseluruhan, lebih 780,000 orang dan 260,000 isi rumah di Thailand terjejas, dengan lebih 150,000 individu dipindahkan. Konflik ini juga memberi kesan jangka panjang dalam pelbagai dimensi," katanya.
Pada 28 Julai, kedua-dua negara mencapai persetujuan untuk melaksanakan gencatan senjata tanpa syarat selepas mesyuarat khas di Putrajaya yang dihoskan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam mesyuarat itu, Perdana Menteri Kemboja Hun Manet dan Pemangku Perdana Menteri Thailand Phumtham Wechayachai turut bersetuju untuk mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Am Sempadan (GBC) sebagai sebahagian daripada pelaksanaan perjanjian gencatan senjata.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Thailand berjaya membersihkan lebih 99.5 peratus periuk api di wilayah sempadannya dengan Kemboja dan akan meneruskan usaha bagi menjamin keselamatan jangka panjang penduduk.
- Konflik sempadan sejak 24 Julai telah menyebabkan 18 kematian, 39 kecederaan dan lebih 150,000 pemindahan, menjejaskan lebih 780,000 orang di tujuh wilayah Thailand.
- Gencatan senjata tanpa syarat dicapai pada 28 Julai dalam mesyuarat khas di Putrajaya yang dihoskan oleh Perdana Menteri Malaysia, dengan persetujuan untuk mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Am Sempadan (GBC).