BANGKOK: Dengan kemajuan ketara yang dicapai sejak akhir-akhir ini, Thailand mengucapkan terima kasih kepada Malaysia atas peranannya sebagai fasilitator kepada rundingan damai dalam menamatkan konflik di selatan Thailand sejak berpuluh dekad.
Timbalan Perdana Menterinya Prawit Wongsuwan menyampaikan perkara itu kepada bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor, ketika sesi mesyuarat di Bangkok pada Jumaat.
Abdul Rahim telah bertindak sebagai fasilitator dalam rundingan itu.
Dalam satu kenyataan, Panel Dialog Keamanan bagi Wilayah Sempadan Selatan Thailand (PEDP) memaklumkan Prawit turut menzahirkan rasa terima kasih dan penghargaan kepada Abdul Rahim susulan peranan pentingnya dalam membawa ke hadapan rundingan damai itu.
"Rundingan (antara kerajaan Thailand dan Barisan Revolusi Nasional - BRN) telah menyaksikan kemajuan ketara serta mencapai satu titik perubahan penting yang membawa harapan dalam menamatkan keganasan di wilayah sempadan selatan Thailand," menurut kenyataan itu.
Terdahulu, Abdul Rahim telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Prawit pada Jumaat. Turut hadir Jeneral Wanlop Rugsanaoh yang mengetuai PEDP.
Pertemuan terbaharu antara kerajaan Thailand dan BRN, kumpulan bersenjata paling berpengaruh di selatan Thailand, telah menyaksikan kemajuan yang ketara apabila kedua-dua pihak bersetuju mengenai "Inisiatif Ramadan Damai" yang berlangsung dari 3 April hingga 14 Mei.
Tempoh itu bertepatan dengan awal Ramadan hingga hari ke-10 Aidilfitri bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk keamanan.
Sebelum ini, media melaporkan hanya satu insiden serangan bom berlaku pada 15 April, di mana seorang orang awam terbunuh dan tiga pegawai polis cedera di daerah Sai Buri, Pattani.
Sementara itu, Prawit mengulangi bahawa kerajaan Thailand komited untuk mencari penyelesaian aman dan berkekalan bagi menamatkan konflik yang berpanjangan itu menerusi perbincangan dan rundingan dengan semua pihak berkepentingan.
Abdul Rahim turut memuji kerajaan memenuhi komitmennya untuk menyelesaikan konflik di selatan Thailand.
"Kejayaan Inisiatif Ramadan Damai membuktikan kerajaan Thailand kekal teguh untuk menjamin keamanan berpanjangan di wilayah selatan," katanya.
Rundingan antara kerajaan Thailand dan BRN memberi harapan baharu dalam menamatkan keganasan di Pattani, Yala, Narathiwat dan Songkhla - wilayah yang majoriti penduduknya beragama Islam.
Keganasan tanpa henti di selatan Thailand tercetus sejak 2004 di empat wilayah iaitu Pattani, Yala, Narathiwat dan Songkla, meragut 7,000 nyawa setakat ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 21 2022

Timbalan Perdana Menterinya Prawit Wongsuwan menyampaikan perkara itu kepada bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor, ketika sesi mesyuarat di Bangkok pada Jumaat. - Gambar fail/REUTERS

F1: Halo selamatkan nyawa saya, kata Zhou Guanyu selepas kemalangan ngeri
Bendera merah dikibarkan selepas jentera pemandu Mercedes, George Russell, dilanggar oleh Pierre Gasly.

AWANI Ringkas: 4,111 aduan pencemaran bagi enam bulan pertama

Politik | Jazlan ada gangguan psikologi – Mohd Amar
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah sifatkan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed ada gangguan psikologi. Ini gara-gara mendakwa menteri dari Pas sebagai gagal memikul tanggungjawab dalam kerajaan.

Balak Asli | Kelantan perlu pelbagaikan sumber pendapatan selain balak
Aktiviti pembalakan di kawasan Hulu Kelantan akan terus berjalan kerana kerajaan negeri bergantung kepada hasil pembalakan. Menurut Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah beliau bersimpati dengan nasib penduduk Orang Asli di kawasannya yang terjejas dengan masalah pembalakan sejak berpuluh tahun lalu.

Nur Jazlan ada gangguan psikologi - Mohd Amar
Mohd Amar berkata ketiga-tiga menteri dari Pas menunjukkan prestasi yang membanggakan dalam kerajaan.

Niaga AWANI: Pelaburan | Unjuran separuh kedua 2022 dan cabaran utama

Niaga AWANI: Suku tahun pertama 2022

AFCON 2023 ditunda ke Januari 2024
Kejohanan itu sepatutnya diadakan di Ivory Coast pada waktu rehat kejohanan-kejohanan di Eropah tahun depan.

Bilik angkasa lepas daripada bahan kitar semula
Bilik yang dinamakan sebagai Alpha Aerospace itu, pada asalnya merupakan Bilik Pendidikan Bahasa Arab J-QAF.

AWANI Pagi: Kelebihan pertanian kendiri
#AWANIpagi berbincang isu pertanian pintar bersama Pengasas Kumpulan Penyelidikan Kejuruteraan Makanan dan Biobahan, UTM, Professor Dr Ida Idayu Muhamad.

Dua nelayan warga Thailand cedera bergaduh atas bot ditahan
Sebilah pisau pemotong yang disyaki digunakan dalam pergaduhan itu turut dirampas bagi tujuan siasatan.

Tempoh kuarantin import lembu disingkatkan
Tempoh kuarantin lembu import dari Thailand disingkatkan kepada tiga hari berbanding 14 hari sebelum ini bagi menampung bekalan lembu sempena Aidiladha.

KPWKM komited perkukuh kerangka undang-undang berkaitan warga emas
Usaha itu sebagai mengiktiraf peranan yang dimainkan oleh semua golongan masyarakat.

Prosedur teknikal import lembu hidup dari Thailand ditambah baik
Persetujuan bersama Veterinar Malaysia dan Thailand akan memudah cara pengimportan lembu hidup dari negara itu.

Majoriti peserta kaji selidik rakyat Thailand bimbang kelonggaran ke atas ganja
Adakah pengeluaran ganja dari senarai narkotik ada kaitan dengan politik? Bagi soalan itu, 60.54% menjawab "ya, semestinya".

Polis terima satu lagi laporan berkaitan pengasas Dnars
Laporan kedua diterima pada 21 Jun lepas daripada abang Allahyarham.

PM Thailand berterima kasih pada rakyat yang masih pakai pelitup muka
Prayut amat memberi perhatian kepada kesihatan orang awam kerana risiko jangkitan masih ada.

Rakyat Malaysia ke Thailand dinasihat tidak ambil makanan, minuman ada ganja
Rakyat Malaysia yang memasuki Thailand untuk apa sahaja urusan termasuk bercuti, dinasihatkan supaya 'berhati-hati' susulan kebenaran penggunaan ganja di negara jiran itu.

PM Thailand keluarkan larangan penggunaan ganja bagi tentera
Prayut menguat kuasa larangan penggunaan ganja secara rekreasi dalam kalangan anggota keselamatan, selain tidak mempromosikannya di media sosial.

ATM tahan 28 PATI cuba masuk Malaysia
Tangkapan pertama melibatkan PATI warga Myanmar dibuat pada jam 2.45 petang, sementara tangkapan kedua pada jam 4.30 petang.