DUNIA
Thailand dakwa Kemboja langgar perjanjian, terbangkan 250 dron di kawasan sempadan
Winthai Suvaree (gambar) menegaskan Kemboja terus melakukan provokasi dan sikap bermusuhan terhadap Thailand, yang menjejaskan keselamatan anggota tentera dan penduduk di sempadan. - FB Khaosod English
BANGKOK: Tentera Thailand mendakwa Kemboja melanggar perjanjian gencatan senjata yang dicapai dua hari lalu dengan menerbangkan lebih 250 dron di kawasan sempadan Thailand pada Ahad malam.
Ringkasan AI
Jurucakap Tentera Diraja Thailand, Mejar Jeneral Winthai Suvaree, berkata pada Isnin bahawa Wilayah Tentera Kedua melaporkan kelihatan ratusan dron di banyak kawasan sempadan Thailand.
Beliau berkata dron Kemboja dikesan di kawasan Chong Bok, Chong An Ma, Sattasome, Sam Ta, Don Tuan, Chong Krang, Ta Muen Thom dan Sai Taku yang terletak di empat wilayah timur laut bersempadan dengan Cambodia iaitu Buri Ram, Si Sa Ket, Surin dan Ubon Ratchathani.
“Tindakan ini dianggap sebagai provokasi dan pelanggaran langkah meredakan ketegangan serta tidak mematuhi Kenyataan Bersama daripada mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Umum (GBC) pada 27 Disember 2025,” katanya.
Beliau menegaskan Kemboja terus melakukan provokasi dan sikap bermusuhan terhadap Thailand, yang menjejaskan keselamatan anggota tentera dan penduduk di sempadan.
Menurut beliau lagi, tentera mungkin perlu menilai semula rancangan untuk melepaska penahanan 18 askar Kemboja.
“Jika pelanggaran perjanjian dan kedaulatan negara berterusan, tentera mesti melaksanakan tanggungjawab untuk melindungi kepentingan dan keselamatan negara,” katanya.
Beliau menambah, penggunaan dron secara berlebihan oleh Kemboja pernah berlaku selepas fasa pertama konflik sempadan tahun ini dan membawa kepada serangan kedua oleh Kemboja awal bulan ini.
Ringkasan AI
- Tentera Thailand mendakwa Kemboja melanggar perjanjian gencatan senjata dengan menerbangkan lebih 250 dron di kawasan sempadan Thailand pada Ahad malam.
- Jurucakap Tentera Diraja Thailand, Mejar Jeneral Winthai Suvaree, menyatakan provokasi dron Kemboja di kawasan sempadan Thailand sebagai tindakan yang tidak mematuhi perjanjian gencatan senjata.
- Sikap bermusuhan Kemboja di sempadan Thailand menjejaskan keselamatan anggota tentera dan penduduk, sehingga tentera mungkin perlu menilai semula rancangan berkaitan penahanan askar Kemboja.