awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thailand gesa gencatan senjata segera di tengah konflik memuncak di Asia Barat

Bernama
Bernama
31/10/2024
20:20 MYT
Thailand gesa gencatan senjata segera di tengah konflik memuncak di Asia Barat
Asap tebal kelihatan di sebuah kawasan susulan serangan udara Israel di Tyre, selatan Lubnan, 28 Okt 2024. - Gambar fail/AP
BANGKOK: Thailand menyatakan kebimbangan terhadap peningkatan konflik bersenjata di Timur Tengah, khususnya di Semenanjung Gaza, Lubnan, dan kawasan sekitarnya, yang telah menyebabkan kehilangan nyawa dan harta benda dalam kalangan orang awam yang tidak bersalah di semua pihak.
Kementerian Luar Thailand mengulangi gesaannya agar semua pihak bertelagah segera menghentikan serangan balas bagi mengelakkan keadaan daripada terus meruncing dan mengembalikan keamanan serta kestabilan di Timur Tengah, sebuah wilayah yang menjanjikan harapan dan potensi untuk masa depan.
"Thailand juga menggesa semua pihak agar berusaha sedaya upaya untuk memuktamadkan perjanjian gencatan senjata dan memastikan pembebasan segera dan tanpa syarat semua tawanan yang masih ditahan, termasuk rakyat Thailand.
"Sebagai anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan telah lama menyumbang kepada misi pengaman PBB, Thailand menekankan kepentingan mematuhi resolusi-resolusi Majlis Keselamatan PBB yang berkaitan," menurut kenyataan kementerian itu di sini pada Khamis.
Selain itu, kementerian berkenaan menyeru agar petugas PBB, pasukan pengaman, dan pekerja bantuan kemanusiaan terus dilindungi .
"Pada saat genting ini, masyarakat dunia berdepan cabaran dan krisis yang rumit dan memerlukan solidariti dan respons antarabangsa yang padu," katanya.
Thailand menggesa semua pihak agar menyelesaikan konflik bersenjata yang sedang berlaku melalui dialog damai dan konstruktif berlandaskan undang-undang antarabangsa dan penyelesaian dua negara, dengan Israel dan Palestin hidup bersama dalam keamanan dan keselamatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gencatan senjata
#Asia Barat
#Gaza
#lubnan
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan