DUNIA

Thailand, Kemboja adakan mesyuarat jawatankuasa khas sempadan

Bernama 24/08/2025 | 14:30 MYT
Thailand dan Kemboja mengadakan Mesyuarat Sekretariat Jawatankuasa Khas Sempadan Serantau (RBC) pada Ahad bagi memperkukuh kerjasama dan mengeratkan hubungan di kawasan sempadan kedua-dua negara.
BANGKOK: Thailand dan Kemboja mengadakan Mesyuarat Sekretariat Jawatankuasa Khas Sempadan Serantau (RBC) pada Ahad bagi memperkukuh kerjasama dan mengeratkan hubungan di kawasan sempadan kedua-dua negara.


Ringkasan AI
  • Thailand dan Kemboja mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Sempadan Serantau (RBC) di Pailin bagi mengukuhkan kerjasama.
  • Mesyuarat dipengerusikan bersama Kapten Udom Kulsiripanyo dari Thailand dan Mejar Jeneral Sor Kimpak dari Kemboja.
  • Perbincangan menekankan usaha mengekalkan keamanan, keselamatan dan hubungan baik di kawasan sempadan.


Mesyuarat yang berlangsung di Wilayah Pailin, Kemboja itu dihadiri oleh wakil Markas Pertahanan Sempadan Chanthaburi-Trat (CTBDC) Tentera Laut Diraja Thailand serta Wilayah Tentera 5 Tentera Diraja Kemboja.

Tentera Laut Diraja Thailand dalam kenyataan ringkas di laman rasmi Facebook berkata, delegasi Thailand diketuai Ketua Turus CTBDC merangkap Setiausaha Jawatankuasa, Kapten Udom Kulsiripanyo.

Pihak Kemboja pula diketuai Timbalan Komander Wilayah Tentera 5 merangkap Setiausaha Jawatankuasa, Mejar Jeneral Sor Kimpak, yang turut mempengerusikan bersama sesi itu.

"Dalam mesyuarat berkenaan, kedua-dua pihak membincangkan langkah untuk memperkukuh kerjasama, memperdalam persefahaman bersama serta menangani cabaran di kawasan sempadan.

"Perbincangan memberi tumpuan kepada usaha mengekalkan keamanan, memastikan keselamatan dan memupuk hubungan baik antara Thailand dan Kemboja," menurut kenyataan pada Ahad itu.

-- BERNAMA

#konflik Thailand-Kemboja #mesyuarat jawatankuasa khas sempadan #konflik sempadan #RBC