awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal umumkan nama dan butiran mangsa terkorban dalam protes terbaharu
Fed kekal kadar faedah di sebalik tekanan White House
RAM Ratings naikkan penarafan bon YTL Corp, YTL Power kepada AAA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thailand, Kemboja setuju hentikan semua tembakan berkuat kuasa petang Jumaat - Trump

Bernama
Bernama
13/12/2025
01:10 MYT
Thailand, Kemboja setuju hentikan semua tembakan berkuat kuasa petang Jumaat - Trump
Trump berkata beliau mengadakan perbualan yang sangat baik dengan Anutin (kiri) dan Hun Manet (kanan) berhubung konflik jangka panjang mereka.
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata pada Jumaat menerusi media sosial bahawa Thailand dan Kemboja bersetuju untuk menghentikan semua tembakan berkuat kuasa petang Jumaat, lapor Xinhua.
"Saya mengadakan perbualan yang sangat baik pagi ini dengan Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul, dan Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet berhubung konflik jangka panjang mereka yang amat dikesali," kata Trump di Truth Social, sambil menambah bahawa kedua-dua negara bersedia untuk mencapai keamanan.
Konflik sempadan Thailand-Kemboja kembali memuncak pada petang Ahad susulan pertempuran bersenjata yang tercetus pada akhir Julai lalu.
Kedua-dua pihak saling menuduh satu sama lain sebagai pihak yang memulakan serangan dan mengesahkan berlakunya korban.
Jurucakap Kementerian Pertahanan Thailand, Surasant Kongsiri berkata pada Khamis bahawa pertempuran sempadan terbaharu dengan Kemboja mengorbankan sembilan anggota tentera Thailand, mencederakan lebih 120 orang serta menyebabkan hampir 200,000 orang awam Thailand dipindahkan.
Setakat petang Jumaat waktu tempatan, jumlah penduduk Kemboja yang dipindahkan akibat pertempuran di kawasan sempadan meningkat kepada lebih 300,000 orang, menurut Kementerian Dalam Negeri Kemboja dalam satu kenyataan media.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#konflik sempadan
#konflik Thailand-Kemboja
#tembakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan