awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar AS didorong sentimen global bercampur-campur
Piala Malaysia: Masih ada 90 minit untuk Negeri Sembilan FC berjuang
SARA untuk Semua disalurkan hari ini, kategori barangan diperluas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thailand kenakan yuran 300 baht kepada pelancong asing mulai April

Bernama
Bernama
12/01/2022
20:00 MYT
Thailand kenakan yuran 300 baht kepada pelancong asing mulai April
Yuran berkenaan akan dikenakan menerusi tambang tiket penerbangan. -Gambar fail/Flickr
BANGKOK: Thailand merancang mengenakan yuran kemasukan terhadap pelancong asing sebanyak 300 baht (RM38) seorang bermula 1 April, yang akan digunakan bagi membiayai pembangunan lokasi pelancongan tempatan serta sebagai pelan perlindungan insurans.
Jurucakap kerajaan Thanakorn Wangboonkongchana berkata yuran berkenaan akan dikenakan menerusi tambang tiket penerbangan.
"Bagaimanapun, agensi berkaitan masih belum memutuskan kaedah kutipan yang sesuai bagi kemasukan melalui darat," katanya dalam satu kenyataan.
Thanakorn berkata industri pelancongan dijangka menjana pendapatan antara 1.3 hingga 1.8 trilion baht, termasuk 800 bilion baht daripada pelancong asing.
Beliau berkata berdasarkan situasi semasa, kerajaan mengunjurkan kemasukan lima juta pelancong antarabangsa ke negara itu pada 2022, yang majoritinya daripada Eropah dan Amerika Syarikat.
Jika pelancong China dan India kembali, ketibaan pelancong boleh mencecah sembilan juta, katanya.
"Sementara itu, jika sempadan darat dibuka semula untuk tujuan pelancongan rentas sempadan, ia bakal menarik pelancong dari Malaysia, Laos dan Myanmar, jumlah kemasukan 15 juta pelancong adalah munasabah," katanya.
Thailand telah memperkenalkan pelbagai rancangan dan program termasuk "Test and Go" bebas kuarantin dan "Phuket Sandbox" bagi memulihkan industri pelancongannya.
Sektor pelancongan Thailand terjejas teruk akibat pandemik COVID-19 dengan hanya kira-kira 200,000 ketibaan direkodkan pada tahun lepas berbanding hampir 40 juta pengunjung pada 2019 dan 6.7 juta pada 2020.
Bank Pusat Thailand mengurangkan prospek ketibaan pelancong asing untuk 2022 daripada 6 juta kepada 5.6 juta.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Thailand
#pelancong
#pelancongan
#yuran kemasukan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan