BANGKOK: Thailand sehingga kini sudah mengesan sebanyak 104 kes Omicron ketika negara ini mengenakan semula kuarantin wajib antara tujuh hingga 10 hari kepada pelancong di bawah "Phuket Sandbox" bermula Rabu, dalam usaha mengekang penularan varian itu.
Timbalan jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Dr Sumanee Wacharasin berkata pesakit positif varian Omicron kini menerima rawatan di hospital.
"Sebahagian daripada mereka telah pulih daripada jangkitan itu," katanya pada taklimat harian COVID-19 di sini pada Rabu.
Pada Isnin, Thailand melaporkan penularan tempatan pertama kes Omicron melibatkan seorang wanita tempatan berusia 49 tahun yang dijangkiti virus itu daripada suaminya warga Colombia yang pulang dari Nigeria pada akhir November.
Beliau berkata pada bulan ini sejumlah 4, 125 pengembara memasuki Thailand dan menjalani kuarantin antara tujuh hingga 14 hari.
"Sehingga kini, seramai 416 pengunjung disahkan positif COVID-19," katanya.
Berikutan kebimbangan terhadap penularan varian Omicron, Thailand memutuskan untuk menangguhkan sementara program kemasukan bebas kuarantin bermula Rabu dan tiada permohonan baharu di bawah skim Pas Thailand.
Bagi permohonan yang sudah diluluskan di bawah skim itu ia tidak tertakluk kepada peraturan baharu tersebut. Bagaimanapun, mereka perlu menjalani ujian RT-PCR kedua di kemudahan ditetapkan kerajaan.
Ketua Pengarah Jabatan Penerangan dan Jurucakap Kementerian Luar Tanee Sangrat berkata langkah itu hanya untuk sementara waktu.
Dalam tempoh 24 jam lepas, Thailand melaporkan 2,532 kes baharu COVID-19 dan 31 kematian, menjadikan jumlah jangkitan kepada 2,199,061 dan korban seramai 21,471.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 22 2021
Berikutan kebimbangan terhadap penularan varian Omicron, Thailand memutuskan untuk menangguhkan sementara program kemasukan bebas kuarantin bermula Rabu dan tiada permohonan baharu di bawah skim Pas Thailand. - Gambar fail AP
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Young Tigress mulakan Piala Remaja Asia dengan langkah kanan
Skuad negara membuka tirai jaringan seawal minit kesembilan menerusi pukulan sudut penalti oleh Nurshamine Azureen Mohammed Badusha.
Polis buka kertas siasatan tiga anggota polis berhibur di Golok
Polis Kelantan membuka kertas siasatan berhubung tiga anggota polis yang disyaki berhibur di Golok, Thailand.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MAQIS gagalkan cubaan seludup 23 tan ayam sejuk beku dari Thailand
MAQIS turut menggagalkan cubaan membawa masuk sebanyak 16,904kg cili di Pintu Masuk Bukit Kayu Hitam pada Sabtu lalu.
Pelajar rentas Sungai Golok akan ditempatkan di asrama - Fadhlina
Pelajar warganegara Malaysia yang menetap di Thailand dan merentas Sungai Golok untuk bersekolah di negara ini, bakal ditempatkan di asrama.
PGA rampas 10 kambing dimuat dalam guni cuba diseludup masuk dari negara jiran
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas 10 ekor kambing bernilai kira-kira RM10,000 cuba diseludup masuk dari negara jiran.
Thailand kesan kes pertama penyakit berkaitan 'vape'
Akhbar Bangkok Post melaporkan, seorang lelaki dari Buri Ram telah dikesan menghidap penyakit Evali, atau kecederaan paru-paru berkaitan rokok elektronik atau 'vape'.
Polis tumpaskan dua cubaan seludup kosmetik buatan Thailand
Dua cubaan menyeludup produk kosmetik berjaya ditumpaskan sepasukan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di Pasir Mas.
ACT Wanita: Malaysia tewas tipis 1-2 kepada Jepun
Malaysia memperoleh gol tunggal menerusi jaringan padang Nur Iman Adawiyah Mohd Suhami pada minit ke-26.
Malaysia tidak iktiraf penjenayah rentas sempadan miliki dua kerakyatan - Saifuddin
Malaysia tidak mengiktiraf individu yang mempunyai dua kewarganegaraan, susulan laporan polis Thailand bahawa banyak penjenayah rentas sempadan memiliki dua kad pengenalan.