DUNIA
Thailand ketat kawalan pembakaran terbuka sektor pertanian bendung pencemaran
Langkah itu memberi tumpuan kepada tanaman ekonomi utama, iaitu pengurangan pembakaran mesti dibuktikan dengan jelas. - Gambar hiasan/Bernama
BANGKOK: Kerajaan Thailand mengetatkan kawalan ke atas pembakaran terbuka dalam sektor pertanian sebagai sebahagian daripada usaha lebih meluas untuk membendung pencemaran PM2.5, dengan menetapkan sasaran nasional mengurangkan kawasan pertanian yang terbakar sekurang-kurangnya 15 peratus.
Timbalan Jurucakap Kerajaan, Airin Phanrit berkata, langkah itu memberi tumpuan kepada tanaman ekonomi utama, iaitu pengurangan pembakaran mesti dibuktikan dengan jelas.
Beliau berkata, data titik panas bagi musim jerebu 2025-2026 menunjukkan tahap pembakaran yang masih tinggi, sebahagian besarnya berkait dengan aktiviti pertanian.
"Sebagai respons, pelan tindakan nasional mengenai pencemaran zarah halus dan kawalan kebakaran hutan telah diluluskan, menyediakan rangka kerja bagi pengawasan lebih ketat dan penguatkuasaan bersepadu pada 2026 dan tahun-tahun berikutnya," katanya dalam kenyataan yang disiarkan di laman sesawang Jabatan Perhubungan Awam pada Jumaat.
Airin berkata, Kementerian Pertanian dan Koperasi akan menyelaras pemantauan pembakaran di sawah padi, ladang jagung makanan haiwan dan ladang tebu menggunakan data satelit masa nyata.
"Petani berdepan hukuman atas pembakaran sisa tanaman, termasuk kehilangan akses kepada bantuan kerajaan serta kemungkinan penggantungan atau pembatalan hak guna tanah," katanya.
Beliau menambah bahawa pembakaran yang dianggap tidak dapat dielakkan akan dikawal melalui sistem pendaftaran yang memerlukan kelulusan awal menerusi platform kerajaan.
Pihak berkuasa juga menggalakkan petani mengalihkan sisa tanaman kepada kegunaan alternatif seperti tenaga biojisim atau pemprosesan industri bagi mengurangkan pembakaran terbuka di kawasan pertanian, katanya.
"Langkah tambahan termasuk sekatan ke atas import produk pertanian yang dikaitkan dengan pembakaran, disokong oleh syarat kebolehkesanan, dan peruntukan lebih 250 juta baht bagi mempromosi amalan pertanian tanpa pembakaran," kata Airin.
Terdahulu pada Jumaat, media tempatan Thailand melaporkan bahawa Pusat Mitigasi Pencemaran Udara memberi amaran mengenai peningkatan paras PM2.5, menggesa keluarga menggunakan pengangkutan awam dan memantau kualiti udara dengan teliti.
Pihak berkuasa kesihatan turut mengeluarkan nasihat segera kepada ibu bapa supaya berhati-hati pada hujung minggu ini semasa sambutan Hari Kanak-Kanak Kebangsaan, memandangkan paras PM2.5 dijangka meningkat dengan ketara.
-- BERNAMA