DUNIA
Thailand laksana bantuan ekonomi untuk komuniti terjejas konflik sempadan
Tiga institusi kewangan khusus diarah untuk menyediakan bantuan komprehensif kepada mereka yang terkesan oleh konflik di sempadan. - Foto AP
BANGKOK: Thailand melancarkan langkah bantuan bersasar untuk individu dan perniagaan yang terjejas akibat konflik bersenjata baru-baru ini di sepanjang sempadan Thailand - Kemboja, sebagai sebahagian daripada usaha menyeluruh memulihkan ekonomi dan kehidupan penduduk yang terjejas.
Timbalan Jurucakap Kerajaan Sasikan Watthanachan berkata tiga institusi kewangan khusus telah diarahkan untuk menyediakan bantuan komprehensif kepada mereka yang terkesan oleh konflik di sempadan Thailand-Kemboja, susulan kesukaran yang dihadapi akibat pertempuran antara pasukan tentera di sepanjang sempadan.
"Institusi kewangan khusus itu diberi tugas untuk melaksanakan skim sokongan inklusif bagi mengurangkan beban kewangan, meningkatkan kecairan, serta memudahkan cara proses pemulihan dan pemuliharaan aset - sekali gus membolehkan aktiviti perniagaan disambung semula secara berkesan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Beliau berkata, individu yang terjejas kini boleh memohon bantuan menerusi institusi kewangan yang berkaitan.
Menurut Sasikan, kerajaan memberi keutamaan kepada usaha mengurangkan impak di kawasan terlibat, dengan menumpukan kepada bantuan kewangan yang mencukupi kepada orang ramai dan pengusaha perniagaan bagi mengekalkan kelangsungan hidup, peluang pekerjaan dan membantu pemulihan ekonomi.
Ketegangan di sempadan tercetus dengan insiden pertempuran pada 28 Mei yang mengorban seorang askar Kemboja dan memuncak kepada konflik bersenjata sepenuhnya pada 24 Julai.
Pada Isnin, Thailand dan Kemboja bersetuju melaksanakan gencatan senjata serta-merta dan tanpa syarat selepas menghadiri mesyuarat khas anjuran Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi ASEAN di Putrajaya.
-- BERNAMA