awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengukuhan ringgit legakan pelajar luar negara, dana pendidikan dimanfaat secara optimum
IPP pembuatan Malaysia capai paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan pada Januari - S&P Global
[KOLUMNIS] Realiti 'internship' generasi digital: Kebolehpasaran graduan dalam era IR4.0
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thailand lancar operasi usir tentera Kemboja di sempadan, gencatan senjata runtuh

Astro Awani
Astro Awani
09/12/2025
01:00 MYT
Thailand lancar operasi usir tentera Kemboja di sempadan, gencatan senjata runtuh
Orang ramai melarikan diri ketika pertempuran tercetus antara Thailand dan Kemboja di kawasan sempadan yang dipertikaikan, di Wilayah Oddar Meanchey, Kemboja. - Foto REUTERS
BANGKOK: Thailand mengumumkan tindakan ketenteraan untuk mengusir pasukan Kemboja dari wilayahnya pada Selasa, ketika pertempuran antara kedua-dua negara jiran Asia Tenggara itu kembali memuncak di sepanjang sempadan yang masih dipertikaikan.

Ringkasan AI
  • Thailand mengumumkan tindakan ketenteraan untuk mengusir pasukan Kemboja dari wilayahnya selepas pasukan Kemboja dikesan menceroboh wilayah pesisir Trat, menamatkan gencatan senjata rapuh yang ditandatangani pada Julai lalu.
  • Pertempuran terkini ini mengorbankan sekurang-kurangnya 48 nyawa dan memaksa lebih 300,000 orang melarikan diri, dengan dua awam Kemboja terbunuh dan enam cedera, manakala seorang tentera Thailand terkorban dan 18 cedera.
  • Kemboja mengecam tindakan Thailand sebagai serangan terhadap kampung awam atas alasan mempertahankan kedaulatan, sementara Thailand mendakwa ancaman serius terhadap kedaulatan mereka disebabkan oleh kehadiran pasukan Kemboja dengan persenjataan berat di sempadan.

Dalam kenyataan pagi Selasa, Tentera Laut Diraja Thailand memaklumkan bahawa pasukan Kemboja dikesan menceroboh wilayah Thailand di wilayah pesisir Trat, dan operasi ketenteraan telah dilancarkan untuk mengusir mereka.
Butiran lanjut tidak didedahkan.
Pertempuran terbaharu ini menamatkan gencatan senjata rapuh yang dimeterai Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Julai lalu, selepas lima hari pertempuran sengit yang mengorbankan sekurang-kurangnya 48 nyawa dan memaksa lebih 300,000 orang melarikan diri.
Kementerian Pertahanan Kemboja memaklumkan dua orang awam terbunuh dalam serangan malam tadi, menjadikan jumlah korban di pihak mereka meningkat kepada enam orang.
Seorang anggota tentera Thailand turut disahkan terkorban, manakala 18 lagi cedera. Pihak berkuasa Kemboja pula melaporkan sembilan orang awam cedera.
Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet, dalam kenyataan malam Isnin, mengecam tindakan Thailand yang didakwanya menyerang kampung-kampung awam atas alasan mempertahankan kedaulatan.
Kemboja turut menegaskan bahawa mereka tidak membalas walaupun diserang secara berterusan.
Tentera Laut Thailand mendakwa pasukan Kemboja meningkatkan kehadiran mereka dengan menempatkan penembak tepat, senjata berat, membina kubu pertahanan dan menggali parit, yang disifatkan sebagai “ancaman langsung dan serius terhadap kedaulatan Thailand”.
Pertempuran pada Isnin adalah yang paling sengit sejak insiden tembak-menembak pada Julai lalu.
Thailand telah memindahkan 438,000 penduduk dari lima wilayah sempadan, manakala Kemboja turut memindahkan ratusan ribu rakyatnya ke kawasan selamat.
Kedua-dua negara telah lama berselisih mengenai sempadan darat sepanjang 817 kilometer, dengan pertikaian ke atas kuil purba sering mencetuskan ketegangan nasionalis dan pertempuran bersenjata, termasuk insiden berdarah selama seminggu pada 2011.
Ketegangan kembali memuncak sejak Mei lalu selepas seorang tentera Kemboja terbunuh dalam satu pertempuran kecil, mencetuskan peningkatan ketara kehadiran tentera di sempadan serta kegagalan diplomatik yang membawa kepada pertempuran semula.
Topic Berkaitan
#konflik Thailand-Kemboja
#gencatan senjata
#angka korban
#sempadan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan