DUNIA
Thailand lapor lonjakan kes influenza dengan 100 kematian
Didapati 57 peratus daripada mereka yang meninggal dunia mempunyai masalah kesihatan seperti penyakit buah pinggang, tekanan darah tinggi, dan tuberkulosis pulmonari. - Gamnbar hiasan/iStock
BANGKOK: Thailand melaporkan lonjakan ketara kes influenza sepanjang musim tengkujuh, dengan 100 kematian dan 940,869 kes kumulatif direkodkan setakat 14 Nov tahun ini.
Timbalan Jurucakap Kerajaan, Airin Phanrit berkata data Jabatan Kawalan Penyakit menunjukkan bahawa sejak awal tahun hingga 14 Nov 2025, negara itu mencatat 940,869 kes influenza, termasuk 100 kematian.
"Kumpulan umur dengan kadar morbiditi tertinggi bagi setiap 100,000 penduduk ialah kanak-kanak berusia lima hingga sembilan tahun, manakala kebanyakan kematian berlaku dalam kalangan warga emas dengan purata umur 61 tahun," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Beliau berkata kes kematian melibatkan pesakit berusia antara satu hingga 95 tahun.
Walaupun jumlah kes menunjukkan trend penurunan pada November, wabak kluster terus meningkat terutama di penjara, institusi pendidikan dan pusat latihan.
"Didapati 57 peratus daripada mereka yang meninggal dunia mempunyai masalah kesihatan seperti penyakit buah pinggang, tekanan darah tinggi, tuberkulosis pulmonari, penyakit pulmonari obstruktif kronik (COPD), strok dan ketidakupayaan intelek.
"Sementara itu, 94 peratus tidak mempunyai sejarah menerima vaksin influenza," katanya.
Airin berkata strain influenza paling banyak dikesan ialah A/H3N2, merangkumi 76 peratus kes, diikuti A/H1N1 dan jenis B.
Beliau juga berkata bahawa kerajaan bimbang terhadap kesihatan awam susulan perubahan cuaca yang ketara.
"Kami amat menggalakkan tujuh kumpulan berisiko tinggi supaya mendapatkan vaksin influenza tahunan untuk meningkatkan imuniti. Jaga kesihatan anda," katanya.
-- BERNAMA