awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thailand, Majlis Eropah akan perkukuh kerjasama keselamatan

Bernama
Bernama
15/12/2022
01:00 MYT
Thailand, Majlis Eropah akan perkukuh kerjasama keselamatan
Charles Michel (kiri) berjabat tangan dengan Prayuth Chan-o-cha ketika kedua-duanya hadir untuk Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-EU di Brussels, 14 Dis 2022. (Foto AP)
BANGKOK: Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha dan Presiden Majlis Eropah Charles Michel bersetuju untuk mengukuhkan kerjasama keselamatan di tengah-tengah ketidaktentuan keselamatan global,
Dalam satu kenyataan, pemangku jurucakap kerajaan Anucha Burapachaisri berkata kerjasama keselamatan adalah antara bidang utama usaha sama yang dibincangkan ketika Prayuth bertemu Charles Michel di Brussels, Belgium pada Selasa.
"Thailand sedar perlunya mengekalkan ruang dialog inklusif, terutama bantuan kemanusiaan.
"Presiden Majlis Eropah (Michel) mengesahkan komitmen EU untuk menggalakkan kerjasama keselamatan yang merangkumi peningkatan kapasiti dan pertukaran perisikan, kakitangan dan amalan baik, selain berbincang dengan Thailand mengenai rangka kerja rundingan keselamatan bagi menggalakkan lagi kerjasama dalam keselamatan siber, keselamatan marin dan antikeganasan," katanya.
Terdahulu, Prayuth bertemu Michel di luar Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Kesatuan Eropah (EU) di Brussels, Belgium.
Prayuth menghadiri sidang kemuncak itu sempena meraikan ulang tahun ke-45 Hubungan Dialog ASEAN-EU, bermula 12 hingga 15 Dis.
Mengenai kerjasama EU dengan ASEAN, Anucha berkata Michel mengakui pentingnya pemusatan ASEAN dan mengesahkan kesediaan EU untuk membuka rundingan yang luas dan membina dengan Thailand atas prinsip saling menghormati dan mempercayai serta berkongsi manfaat.
"Prayuth berkata Thailand komited untuk bekerjasama dengan EU dalam menggalakkan keamanan dan kestabilan di rantau Indo-Pasifik dan ASEAN, dan untuk memajukan agenda utama menerusi Strategi EU untuk Kerjasama di Indo-Pasifik, seperti pemuliharaan marin dan perikanan mampan, perlindungan maklumat peribadi, tindak balas terhadap ancaman siber dan kerjasama dalam angkasa lepas," katanya.
Anucha berkata Prayuth dan Michel turut membincangkan bidang kerjasama penting lain termasuk isu mengenai kemampanan dan agenda hijau dengan Thailand meletakkan kepentingan yang besar dalam menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang mampan melalui penggunaan Model Ekonomi Bio-Circular-Green (BCG) untuk mewujudkan ekosistem perniagaan yang sepatutnya dan pada masa sama memperkukuh komitmen mencapai neutraliti karbon dan pelepasan gas rumah hijau sifar bersih.
"Prayuth menggalakkan EU dan negara anggota EU menyokong sektor swasta Thailand dalam meningkatkan standard alam sekitar," katanya.
Anucha berkata Thailand bersedia menjadi rakan kongsi EU berdasarkan nilai bersama, multilateralisme inklusif dan peraturan antarabangsa yang menggalakkan demokrasi, hak asasi manusia dan tadbir urus yang baik.
Prayuth menyuarakan harapannya supaya EU menyokong menterjemah Pelan Tindakan untuk Melaksanakan Perkongsian Strategik ASEAN-EU (2023-2027) dan PCA kepada tindakan konkrit untuk kepentingan bersama.
Thailand bersedia untuk bekerjasama rapat serta terbuka kepada perbincangan dan rundingan yang membina dengan semua agensi dan unit EU.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Thailand
#Majlis Eropah
#kerjasama keselamatan
#ASEAN-EU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan