Thailand mohon sokongan India untuk capai keanggotaan penuh BRICS - Kementerian Luar

Kementerian Luar memohon sokongan India terhadap hasrat Thailand untuk menyertai BRICS ketika India memegang Pengerusi BRICS pada 2026.
BANGKOK: Menteri Luar Thailand Sihasak Phuangketkeow meminta sokongan Menteri Luar India Subrahmanyam Jaishankar untuk menaik taraf status rakan BRICS Thailand kepada keanggotaan penuh, menurut Kementerian Luar Thailand pada Selasa, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Ringkasan AI
- Menteri Luar Thailand meminta sokongan India untuk naik taraf status rakan BRICS Thailand kepada keanggotaan penuh.
- Diplomat Thailand dan India membincangkan isu geopolitik dan penipuan dalam talian, serta Thailand menjemput India untuk menyertai Persidangan Antarabangsa mengenai Perkongsian Global bagi Membanteras Penipuan Dalam Talian.
- Kedua-dua negara turut berbincang tentang situasi di Asia Pasifik, termasuk ketegangan di sempadan Thailand-Kemboja dan keadaan di Myanmar.
"Sehubungan itu, Thailand menjemput India untuk menyertai Persidangan Antarabangsa mengenai Perkongsian Global bagi Membanteras Penipuan Dalam Talian, dan menyatakan minat untuk menjadi penganjur bersama acara itu pada 17-18 Dis 2025 di Bangkok, bagi membincangkan kerjasama antarabangsa mengenai isu ini," menurut kenyataan itu.
Kedua-dua pihak turut bertukar pandangan mengenai situasi di Asia Pasifik, termasuk ketegangan di sempadan Thailand-Kemboja dan keadaan di Myanmar.
BRICS ialah kumpulan antara negara yang ditubuhkan pada 2006. Selain lima negara teras iaitu Rusia, Brazil, India, China dan Afrika Selatan, kumpulan itu kini merangkumi Mesir, Ethiopia, Iran, Emiriah Arab Bersatu dan Indonesia. Thailand, Belarus, Bolivia, Kazakhstan, Cuba, Malaysia, Uganda dan Uzbekistan secara rasmi menjadi negara rakan BRICS pada 1 Jan 2025.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami



