awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anugerah MAM 2025: Hafizh Syahrin dinobat Pelumba Antarabangsa Terbaik
Lubnan dakwa Israel guna racun rumpai di selatan negara itu
Starmer mohon maaf kepada mangsa Epstein, akui percaya "pembohongan" Mandelson
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thailand mulakan tindakan mahkamah dalam jenayah pemerdagangan manusia

Bernama
Bernama
28/05/2015
23:00 MYT
Thailand mulakan tindakan mahkamah dalam jenayah pemerdagangan manusia
Antara yang ditahan ialah bekas Ketua Lembaga Pentadbiran Wilayah Satun, Nai Pajuban Angchotipan atau Koh Tong, yang dikatakan sebagai ketua sindiket yang terbesar di Satun. - Gambar Fail
Seramai 48 orang tertuduh dalam jenayah pemerdagangan manusia di selatan Thailand mula dihadapkan ke mahkamah untuk tujuan pendakwaan pada Khamis.
Antara mereka ialah bekas Ketua Lembaga Pentadbiran Wilayah Satun, Nai Pajuban Angchotipan atau Koh Tong, yang dikatakan sebagai ketua sindiket yang terbesar di Satun.
Beliau menghadapi 12 tuduhan dan satu lagi tuduhan belum diumumkan kerana polis masih mengumpul bukti dan dokumen.
Timbalan Ketua Polis Bahagian ke-8, Mejar Jen Polis Pawin Ponsirint, sebagai Ketua Polis Siasatan Kes Pemerdagangan Manusia telah bermesyuarat bersama polis bahagian ke-9 di Pusat Operasi Polis Bahagian ke-9, daerah Hatyai, Songkhla sebelum memulakan pendakwaan.
Selepas selesai mesyuarat, pegawai polis dan pendakwa pergi ke Mahkamah Wilayah Natawi untuk membacakan tuduhan tambahan kepada 48 orang yang ditahan dalam penjara di Mahkamah Wilayah Natawi.
Tuduhan terbaru iaiah jenayah merentas sempadan kerana jenayah pemerdagangan manusia itu melibatkan pelbagai negara seperti Thailand, Myanmar dan Malaysia.
Tiga tuduhan awal yang dikenakan sebelum ini ialah pemerdagangan manusia, memberi bantuan kepada warga asing masuk ke Thailand secara haram dan menahan orang lain tanpa kebebasan dan untuk tujuan wang tebusan.
Topic Berkaitan
#Mejar Jen Polis Pawin Ponsirint
#Nai Pajuban Angchotipan
#Satun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan