BANGKOK: Thailand melaporkan kes ketiga cacar monyet, membabitkan seorang pelancong warga Jerman berusia 25 tahun, kata ketua pengarah Jabatan Kawalan Penyakit Dr. Opas Karnkawinpong.
Beliau berkata lelaki itu tiba di Phuket pada 18 Julai dan mengalami simptom termasuk demam, bengkak dan ruam pada 23 Julai.
Lelaki itu telah mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta pada 1 Ogos.
"Kami percaya dia dijangkiti virus itu sebelum memasuki Thailand. Pihak berkuasa kesihatan sedang meningkatkan pengesanan kontak rapat sebagai usaha membendung penularan wabak cacar monyet," katanya pada sidang media, di sini, Rabu.
Sementara itu, Ketua Kesihatan Wilayah Phuket Dr. Kusak Kukiattikoon berkata seramai tujuh individu, termasuk isteri dan ahli keluarga, dikenal pasti sebagai kontak rapat pesakit.
"Tiada seorang pun daripada mereka menunjukkan sebarang simptom dan kesemua mereka diletakkan di bawah pengawasan," katanya.
Thailand melaporkan jangkitan cacar monyet pertama - seorang warga Nigeria berusia 27 tahun yang tiba di Phuket pada 18 Julai. Bagaimanapun, lelaki itu melarikan diri selepas dimaklumkan mengenai keputusan ujian awal terhadapnya positif.
Dia kemudiannya dijumpai di Phnom Penh dan menerima rawatan di sebuah hospital.
Pada 29 Julai, kes kedua cacar monyet membabitkan seorang lelaki warga tempatan berusia 47 tahun di Bangkok dan dia dilaporkan semakin pulih.
Kontak rapat bagi kes pertama dan kedua termasuk ahli keluarga mereka disahkan negatif wabak itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 03 2022

Seorang pelancong Jerman tiba di Phuket pada 18 Julai dan mengalami simptom termasuk demam, bengkak dan ruam pada 23 Julai. - Facebook Phuket International Airport - HKT

Polis sahkan rakyat Malaysia disyaki terlibat kes makmal syabu ditahan di Indonesia
PDRM mengesahkan seorang lelaki Malaysia ditahan Badan Narkotika Nasional (BNN) Indonesia pada bulan lepas di Batam.

10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Polis siasat kes kanak-kanak 3 tahun dipukul guru tadika
Polis telah menerima laporan berkaitan insiden seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipukul oleh guru di sebuah tadika di Kepong.

Jabatan Perikanan pantau fenomena ikan bilis terdampar di Pulau Pangkor
Jabatan Perikanan Negeri Perak akan memantau fenomena ikan bilis naik ke darat dan terdampar di pantai Pasir Bogak, Pulau Pangkor dari semasa ke semasa.

RS-1 bantu merangsangkan peningkatan ekonomi
Rancangan Selangor Pertama (RS-1) yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor baru-baru ini ialah rancangan pertama dalam sejarah negeri tersebut.

Dewan Tertinggi BN belum putuskan permohonan PBM
Permohonan Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan beberapa lagi parti politik yang memohon untuk menyertai Barisan Nasional (BN) masih lagi dalam pertimbangan.

Polis tahan lelaki khianat cabut batu nisan
Polis menahan seorang gelandangan lelaki hari ini yang disyaki terlibat dalam kes khianat mencabut beberapa batu nisan di Sibu.

Kenal pasti 'hot spot', bomba siap siaga hadapi musim kemarau - KP
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah siap siaga dari segi aset dan anggotanya bagi menghadapi musim kemarau yang lazimnya berlaku antara bulan Mei hingga September.

Polis tahan empat lelaki bantu siasatan kes pukul bapa, anak
Polis menahan empat lelaki hari ini bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang lelaki dan bapanya cedera dipukul sekumpulan suspek di Kampung Pondok Upeh, di sini semalam.

AWANI Ringkas: Skandal LCS: Bekas pengarah urusan bakal didakwa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Cacar monyet: Jangkitan semakin perlahan di Kanada
Kanada merekodkan 1,059 kes cacar monyet setakat Rabu lalu.

Wabak cacar monyet di AS cecah 10,000 kes
Laporan CDC menunjukkan bahawa 1,391 kes cacar monyet yang disahkan dikesan pada Rabu.

Cacar monyet: Itali mulakan kempen vaksinasi
Perangkaan oleh Kementerian Kesihatan mendedahkan, Itali melaporkan 545 kes cacar monyet.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Cacar monyet: Ada tanda reda wabak di UK - UKHSA
Walaupun data menunjukkan penurunan kes baharu, orang ramai digesa tidak leka.

Kemboja usir warga Nigeria selepas pulih cacar monyet
Kemboja akan menghantar pulang pesakit cacar monyet yang telah pulih, Osmond Chihazirim Nzerem ke negara asal Nigeria serta melarangnya memasuki semula negara itu selama tiga tahun.

Cacar monyet: White House ikrar perangi jangkitan
Lebih 1.1 juta dos vaksin kini tersedia dan kapasiti diagnostik domestik dipertingkat kepada 80,000 ujian setiap minggu.

Cacar monyet: AS isytihar kecemasan kesihatan awam
Ia susulan jumlah jangkitan di AS yang sudah melangkau kepada 6,000 kes pada Rabu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

India lapor kes pertama cacar monyet babitkan wanita
Seorang wanita Nigeria disahkan positif cacar monyet pada Rabu, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di India kepada sembilan.