awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thailand sasar jadi antara lima destinasi utama pelancongan Muslim menjelang 2027

Bernama
Bernama
18/08/2023
21:40 MYT
Thailand sasar jadi antara lima destinasi utama pelancongan Muslim menjelang 2027
Thailand menyasarkan sekurang-kurangnya 30 juta pelancong melawat negara itu tahun ini dan membelanjakan 1.5 trilion baht, menurut unjuran Majlis Pelancongan. - Gambar fail
BANGKOK: Dalam usaha untuk menjadi satu daripada lima destinasi utama pelancongan Muslim menjelang 2027, Thailand telah melaksanakan beberapa inisiatif bagi memenuhi keperluan pengembara beragama Islam.
Timbalan Jurucakap Kerajaan Rachada Dhanadirek berkata kerajaan telah memberi keutamaan kepada segmen dan pasaran pelancongan Muslim, memandangkan negara itu telah menjadi destinasi utama bagi pelancong beragama Islam dari seluruh dunia.
"Tahun lalu, lebih tiga juta pelancong beragama Islam melawat negara itu yang kebanyakannya pengembara yang mempunyai kuasa beli tinggi.
"Menurut tinjauan MasterCard-Crescent Rating Global Muslim Travel Index 2022, Thailand menduduki tempat ketiga sebagai negara/negeri/wilayah bukan Islam yang popular dalam kalangan pelancong beragama Islam, di belakang Singapura dan Taiwan," katanya dalam satu kenyataan.
Rachada berkata pengendali perniagaan perkhidmatan pelancongan, agensi awam dan lain-lain yang berminat boleh menyertai latihan yang disedikan berkaitan sikap dan ciri pelancong beragama Islam, serta cara mereka bentuk produk dan perkhidmatan pelancongan yang memenuhi keperluan.
"Latihan telah dijalankan untuk peserta mengetahui pelan strategik lima tahun kerajaan mengenai pembangunan kapasiti untuk promosi pasaran pelancongan Muslim (2023-2027)," katanya.
Lima strategi itu ialah menyeragamkan operasi segmen pelancongan, membangunkan produk, perkhidmatan dan aktiviti pelancongan; mempromosikan penggunaan teknologi; mengintegrasikan kerjasama antara agensi yang berkenaan; dan meningkatkan peluang pasaran dan kesedaran tentang kesediaan Thailand untuk menerima pelancong beragama Islam.
"Diharapkan kerajaan akan datang terus menyokong pelan strategik lima tahun itu untuk menjadikan Thailand antara lima destinasi utama pelancongan Muslim menjelang 2027, seperti yang disasarkan," katanya.
Thailand menyasarkan sekurang-kurangnya 30 juta pelancong melawat negara itu tahun ini dan membelanjakan 1.5 trilion baht, menurut unjuran Majlis Pelancongan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Thailand
#pelancongan Muslim
#destinasi utama
#pelancong muslim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan