DUNIA
Thailand tarik balik produk 'inhaler' herba selepas dikesan mengandungi bakteria berbahaya
Produk Hong Thai Herbal Inhaler Formula 2 dari Thailand ditarik balik selepas gagal ujian keselamatan Thai FDA yang mengesan bakteria berbahaya melebihi paras dibenarkan dalam kelompok bernombor 000332. -Foto Longtunman
BANGKOK: Sebuah produk alat sedut atau inhaler herba popular dari Thailand, Hong Thai Herbal Inhaler Formula 2, telah ditarik balik dari pasaran selepas gagal ujian keselamatan yang dijalankan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat Thailand (Thai FDA), yang mendapati kehadiran bakteria berbahaya melebihi paras dibenarkan.
Ringkasan AI
Menurut kenyataan Thai FDA, kelompok bernombor 000332 yang dikeluarkan pada 9 Dis 2024 dan tamat tempoh pada 8 Dis 2027, mengandungi tahap mikroorganisma aerobik, yis, kulat serta bakteria Clostridium spp. yang melebihi piawaian keselamatan.
Susulan itu, pengeluar produk, Thai Herbal Hong Thai Ltd, mengumumkan penarikan balik sebanyak 200,000 unit daripada kelompok terjejas, dan berikrar untuk melaksanakan kawalan kualiti yang lebih ketat, termasuk penggunaan pensterilan UV dalam proses pengeluaran akan datang.
“Kami mengakui keputusan pemeriksaan pihak berkuasa dan mengambil tanggungjawab penuh terhadap isu ini.
"Langkah-langkah penambahbaikan sedang dilaksanakan bagi memastikan keselamatan pengguna,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.
Sementara itu, tinjauan media mendapati produk tersebut masih ditawarkan di beberapa platform e-dagang Malaysia, dengan pelbagai variasi dan harga antara RM5 hingga RM15 seunit.
Pihak berkuasa kesihatan Malaysia setakat ini belum mengeluarkan kenyataan rasmi, namun pengguna dinasihatkan agar menyemak nombor kelompok sebelum membeli atau menggunakan produk tersebut, dan melaporkan sebarang kesan sampingan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Ringkasan AI
- Produk Hong Thai Herbal Inhaler Formula 2 dari Thailand ditarik balik selepas gagal ujian keselamatan Thai FDA yang mengesan bakteria berbahaya melebihi paras dibenarkan dalam kelompok bernombor 000332.
- Pengeluar menarik balik 200,000 unit dan berjanji memperketat kawalan kualiti termasuk penggunaan pensterilan UV dalam pengeluaran akan datang.
- Produk masih dijual di platform e-dagang Malaysia, pengguna dinasihatkan semak nombor kelompok dan lapor kesan sampingan kepada KKM.