awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia, India tegaskan kerjasama BRICS dan sokongan bersama
Kapal tangki bawa diesel tanpa dokumen sah ditahan di Selat Melaka
Hamzah diberi notis kedua, menghadap Lembaga Disiplin Bersatu Khamis ini?

Thailand terima tambahan 800,000 dos vaksin Sinovac

Bernama
Bernama
20/03/2021
13:45 MYT
Thailand terima tambahan 800,000 dos vaksin Sinovac
Program vaksinasi Thailand telah bermula pada 28 Feb bagi petugas barisan hadapan dan kumpulan berisiko tinggi menggunakan vaksin Sinovac. - Reuters
BANGKOK: Thailand menerima kumpulan kedua 800,000 dos vaksin COVID-19 Sinovac Biotech dari China hari ini, dalam usaha negara itu mempercepatkan proses vaksinasi penduduk, dengan sasaran 50 peratus rakyat disuntik vaksin menjelang hujung tahun ini.
Timbalan Perdana Menteri, merangkap Menteri Kesihatan Awam Thailand Anutin Charnvirakul berkata sebagai permulaan vaksin itu akan diagihkan dalam kalangan petugas barisan hadapan dan kumpulan berisiko tinggi dalam negara.
"Satu juta dos vaksin lagi akan tiba April. Kementerian Kesihatan Awam sedang berunding dengan Sinovac Biotech untuk membeli tambahan lima juta dos vaksin," katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.
Program vaksinasi Thailand telah bermula pada 28 Feb bagi petugas barisan hadapan dan kumpulan berisiko tinggi menggunakan vaksin Sinovac.
Thailand memulakan suntikan Oxford-AstraZeneca vaksin pada 16 Mac selepas penggunaan vaksin itu tertangguh seketika, susulan kebimbangan berhubung keselamatannya.
Thailand merancang untuk memulakan vaksinasi besar-besaran menggunakan 61 juta dos vaksin Oxford-AstraZeneca yang dihasilkan oleh syarikat tempatan Siam Bioscience Co Ltd pada bulan Jun.
Sejak 24 jam lepas, Thailand mencatatkan 119 kes COVID-19 baharu dengan sifar kematian, menjadikan jumlah jangkitan di Thailand kini menjangkau 27,713 dengan 90 kematian.
Daripada 119 kes baharu, Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 Thailand (CCSA) berkata 112 adalah jangkitan tempatan, termasuk 65 kes adalah mereka yang mendapatkan rawatan di Hospital dan 47 kes menerusi pengesanan kes aktif, dan tujuh kes import.
"Sejumlah 1,111 pesakit sedang menerima rawatan di hospital setakat ini," menurut CCSA dalam kenyataan hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Thailand
#vaksin
#kumpulan kedua
#COVID-19
#Sinovac Biotech
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.