JELI: Kerajaan Thailand terus melakukan pemantauan aktif terhadap penyeludupan minyak masak bersubsidi, terutama di sempadan Malaysia-Thailand, kataTimbalan Gabenor Narathiwat Patimoh Sadiyamu.
Beliau berkata pihaknya tidak menafikan kemasukan bekalan bahan mentah itu ke Thailand semakin mendapat permintaan tinggi.
"Kita (kerajaan) mengambil berat mengenai perkara ini dan ia boleh diatasi dengan perbincangan daripada kedua-dua negara (Malaysia-Thailand).
"Malah, peniaga juga tidak boleh memikirkan keuntungan sahaja, kerana mereka perlu akur dengan polisi yang digariskan kedua-dua negara yang tidak membenarkan kemasukan barangan bersubsidi," katanya kepada pemberita selepas Program Kayuhan Muhibbah Malaysia-Thailand di Pusat Pemeriksaan Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bukit Bunga, di sini hari ini.
Terdahulu, seramai 2,000 peserta dari Thailand dan Malaysia menyertai kayuhan terbabit, yang turut melibatkan pelbagai lapisan peringkat umur termasuk dari jabatan kerajaan dan orang awam dengan kayuhan sejauh 20 kilometer.
Hadir sama ialah Setiausaha Politik Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Zahari Kechik, serta Pengarah Pejabat Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) Kelantan Mohd Aidil Afizie Daud.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Patimoh berkata hubungan dua hala antara Malaysia-Thailand akan terus bertambah baik apabila jambatan kedua di Rantau Panjang-Sungai Golok yang berdekatan dengan sempadan kedua-dua negara itu siap sepenuhnya kelak.
"Kita harap kerjasama antara Thailand dan Malaysia akan berterusan dan semakin erat melalui pelbagai perancangan yang dapat dilaksanakan, pada masa akan datang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 30 2022
Pihak berkuasa Thailand tidak menafikan kemasukan bekalan bahan mentah itu ke Thailand semakin mendapat permintaan tinggi. - Gambar fail
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Cenderahati produk Tenun Pahang Diraja tersedia di Kuantan 188
Di Kuantan 188 juga, para pelancong boleh menikmati pemandangan panorama bandar dan Sungai Kuantan.
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Netanyahu, Katz adakan tinjauan di Bukit Golan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, melalukan tinjauan di Bukit Golan pada Jumaat ketika tentera Israel meluaskan kawalan mereka ke puncak Gunung Hermon, kawasan strategik yang bersempadan dengan Syria.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Di Kelantan hanya tiga pintu sempadan diwartakan yang dibenarkan untuk rakyat lintas sempadan - MKN
Mulai 1 Dis ini sesiapa sahaja yang menggunakan laluan haram Sungai Golok-Rantau Panjang untuk melintasi sempadan negara akan ditahan.
Polis cadang zon penampan diwujudkan di antara Kelantan, Thailand
Cadangan itu antara lain sebagai alternatif berbanding pembinaan tembok batu sepanjang lokasi di sempadan.
Pembukaan sempadan Thailand: Harap SOP sama seperti pembukaan Malaysia-Singapura- PM
Tindakan itu sedikit sebanyak dapat menyumbang kepada usaha-usaha pemuilihan negara yang mana akan memberi impak positif ke atas kelestarian ekonomi dan kesejahteraan kehidupan Keluarga Malaysia.
Pemilik tanah di sempadan Malaysia-Thailand dianggap 'tekong darat' jika seludup migran
Mana-mana pemilik tanah di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan akan dianggap sebagai 'tekong darat' sekiranya mereka dikesan terlibat dalam aktiviti penyeludupan pendatang haram.
Polis tingkat kawalan sempadan M'sia-Thai sempena Aidilfitri
Polis akan meningkatkan kawalan di sempadan Malaysia-Thailand terutama di Kelantan dalam usaha untuk mengekang penyeludupan barangan terlarang.
Pembangunan di sempadan Malaysia-Thailand galak aktiviti perdagangan - Mustapa
Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata setakat ini, pembangunan di kawasan sempadan tersebut agak perlahan sedangkan ia berpotensi untuk perdagangan rentas sempadan bagi negara-negara ASEAN.
Kesahihan Perjanjian British-Siam 1909: Apa yang rakyat Malaysia perlu tahu
Perjanjian British-Siam 1909 perlu diambil sebagai suatu pengajaran untuk semua rakyat Malaysia.
Tiada maklumat anggota Daish cuba masuk melalui sempadan
Polis Malaysia dan Thailand sentiasa bekerjasama erat membanteras aktiviti pengganas serta bertukar maklumat perisikan.