DUNIA
Thailand turunkan kadar dasar kepada 1.50 peratus tangani kelembapan ekonomi
Ekonomi Thailand pada 2025 dan 2026 dijangka berkembang pada kadar yang hampir sama dengan unjuran sebelum ini tetapi dasar perdagangan Amerika Syarikat (AS) dijangka menyukarkan lagi cabaran. - Gambar fail/Unsplash
BANGKOK: Bank pusat Thailand menurunkan kadar dasarnya sebanyak 0.25 mata peratusan kepada 1.50 peratus daripada 1.75 peratus sebagai usaha menangani kelembapan ekonomi.
Ringkasan AI
Setiausaha Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Sakkapop Panyanukul berkata jawatankuasa tersebut mengundi sebulat suara untuk menurunkan kadar dasar kepada 1.50 peratus berkuat kuasa serta-merta.
"Rangka kerja dasar monetari semasa bertujuan mengekalkan kestabilan harga, menyokong pertumbuhan yang mampan dan memelihara kestabilan kewangan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sakkapop berkata MPC percaya dasar monetari perlu kekal akomodatif untuk menyokong aktiviti ekonomi selain memastikan kestabilan makro kewangan dan mengambil kira ruang yang terhad untuk pelonggaran dasar seterusnya.
Katanya ekonomi Thailand pada 2025 dan 2026 dijangka berkembang pada kadar yang hampir sama dengan unjuran sebelum ini tetapi dasar perdagangan Amerika Syarikat (AS) dijangka menyukarkan lagi cabaran dari segi struktur dan menjejaskan daya saing negara.
"Jawatankuasa berpendapat dasar monetari perlu bersifat lebih akomodatif untuk memastikan keadaan kewangan kondusif terhadap penyesuaian perniagaan dan membantu meringankan beban kumpulan yang mudah terjejas.
"Oleh itu, jawatankuasa mengundi secara sebulat suara untuk menurunkan kadar dasar sebanyak 0.25 mata peratusan dalam mesyuarat ini," katanya.
Walaupun prestasi kukuh pada separuh pertama tahun ini -- disokong oleh eksport dan pembuatan elektronik yang kukuh -- Sakkapop berkata MPC menjangka pertumbuhan lembap pada separuh kedua 2025 berikutan impak langsung dan tidak langsung daripada langkah-langkah perdagangan AS dan penurunan ketibaan pelancong dari negara-negara berdekatan disebabkan persaingan serantau yang semakin sengit.
"Perkembangan ini akan menjejaskan pendapatan PKS, pekerja dan mereka yang bekerja sendiri. Penggunaan swasta dijangka kekal rendah berikutan keyakinan pengguna dan prospek pendapatan yang lemah," katanya.
Sakkapop berkata wujud keperluan untuk memantau impak daripada tarif pemunggahan dan persaingan daripada barangan import.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Bank pusat Thailand menurunkan kadar dasar kepada 1.50% bagi menangani kelembapan ekonomi, dengan keputusan sebulat suara oleh Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC).
- Faktor seperti dasar perdagangan Amerika Syarikat dan penurunan ketibaan pelancong dijangka menjejaskan pertumbuhan ekonomi Thailand pada separuh kedua 2025.
- Langkah ini bertujuan menyokong penyesuaian perniagaan dan meringankan beban PKS, pekerja serta individu bekerja sendiri, di tengah keyakinan pengguna yang lemah.