DUNIA
Thailand uji sistem amaran kecemasan bergerak seluruh negara tingkat respons bencana
Banjir besar yang melanda selatan Thailand pada November lepas. - Foto fail/REUTERS
BANGKOK: Thailand menjalankan ujian sistem amaran kecemasan bergerak di seluruh negara menggunakan teknologi penyiaran sel pada Selasa, bertujuan mengurangkan kerugian akibat bencana melalui saluran komunikasi yang berkesan, lapor Xinhua.
Menurut Jabatan Pencegahan dan Pengurangan Bencana, ujian pada 2 petang waktu tempatan itu mencetuskan isyarat "Amaran Nasional", yang direka untuk bencana berskala besar dan berimpak tinggi, pada peranti mudah alih di kesemua 76 wilayah dan Bangkok secara serentak.
Setiausaha Tetap Kementerian Dalam Negeri Unsit Sampuntharat berkata penilaian di seluruh negara hari ini mengesahkan bahawa sistem amaran itu beroperasi sepenuhnya dan bersedia untuk berfungsi sebagai alat kritikal bagi keselamatan nasional.
Maklum balas awal yang dikumpul melalui persidangan video susulan ujian itu menunjukkan pengguna mudah alih di kawasan sasaran menerima amaran dwibahasa, iaitu Bahasa Thai dan Inggeris dalam tempoh 10 saat, kata Unsit dalam satu taklimat media.
Ketua Pengarah jabatan berkenaan, Theerapat Kachamat menyatakan bahawa sistem amaran itu kini diprogramkan untuk merangkumi 14 jenis bencana khusus, termasuk gempa bumi, tsunami, ribut, banjir, pencemaran udara, keganasan di kawasan awam, kebakaran dan kemalangan jalan raya.
Walaupun keputusan teknikal memuaskan, Theerapat menegaskan bahawa keberkesanan mana-mana sistem amaran bergantung kepada kerjasama orang awam dan keupayaan mereka untuk bertindak balas dengan betul terhadap nasihat yang diberikan.
Beliau menambah bahawa matlamat utama sistem ini adalah untuk memberi amaran kepada rakyat dan menyediakan mereka untuk bertindak tanpa panik, sekali gus meminimumkan kehilangan nyawa serta memastikan keselamatan.
-- BERNAMA