awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thailand umum pengecualian visa kepada 93 negara, rancakkan sektor pelancongan

Astro Awani
Astro Awani
31/05/2024
01:00 MYT
Thailand umum pengecualian visa kepada 93 negara, rancakkan sektor pelancongan
Pengecualian visa ini dipersetujui kabinet Thailand pada Selasa, dalam usaha meningkatkan pendapatan daripada sektor pelancongan negara itu. - Gambar hiasan/BERNAMA
BANGKOK: Thailand mengeluarkan senarai 93 negara yang dikecualikan visa, dalam usahanya untuk merancakkan lagi sektor pelancongan.
Pengumuman itu membolehkan pelancong dari negara terlibat memasuki Thailand tanpa visa, atau memohon visa semasa ketibaan, dan boleh tinggal sehingga maksimum 60 hari di negara itu.
Pengecualian visa ini dipersetujui kabinet Thailand pada Selasa, dalam usaha meningkatkan pendapatan daripada sektor pelancongan negara itu.
Senarai itu merangkumi 57 negara yang mana warganegaranya sebelum ini dibenarkan berada di Thailand selama 30 hari tanpa visa, 13 negara yang sebelum ini dikecualikan visa dan tambahan enam negara yang warganegaranya dibenarkan berada di Thailand tanpa visa selama 60 hari.
Negara-negara tersebut antaranya Malaysia, Kanada, Republik Czech, Denmark dan Finland.
Senarai penuh negara-negara yang dikecualikan visa selama 60 hari adalah seperti berikut;
1. Kanada 2. Republik Czech 3. Denmark 4. Estonia 5. Finland 6. Perancis 7. Jerman 8. Greece 9. Hungary 10. Iceland 11. Indonesia 12. Ireland 13. Israel 14. Italy 15. Jepan 16. Kuwait 17. Latvia 18. Lichtenstein 19. Lithuania 20. Luxembourg 21. Malaysia 22. Maldives 23. Mauritius 24. Monaco 25. The Netherlands 26. New Zealand 27. Norway 28. Oman 29. Filipina 30. Poland 31. Portugal 32. Qatar 33. San Marino 34. Singapore 35. Slovakia 36. Slovenia 37. Spain 38. Afrika Selatan 39. Korea Selatan 40. Sweden 41. Switzerland 42. Turkey 43. Ukraine 44. United Arab Emirates 45. United Kingdom 46. Amerika Syarikat 47. Peru 48. Hong Kong 49. Vietnam 50. Arab Saudi 51. Andorra 52. Australia 53. Austria 54. Belgium 55. Bahrain 56. Brazil 57. Brunei 58. India 59. Kazakhstan 60. Malta 61. Mexico 62. Papua New Guinea 63. Romania 64. Uzbekistan 65. Taiwan 66. Bhutan 67. Bulgaria 68. Cyprus 69. Fiji 70. Georgia 71. China 72. Laos 73. Macau 74. Mongolia 75. Laos 76. Kemboja 77. Guatemala 78. Jamaica 79. Jordan 80. Kosovo 81. Maghribi 82. Panama 83. Sri Lanka 84. Trinidad & Tobago 85. Tonga 86. Uruguay 87. Albania 88. Colombia 89. Croatia 90. Cuba 91. Dominica 92. Republik Dominica 93. Ecuador
Topic Berkaitan
#Visa
#pelancong
#tambah pendapatan
#ketibaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan