Thanksgiving di AS disambut sederhana

Astro Awani
November 27, 2020 01:00 MYT
Perarakan Tahunan Macy sempena Hari Kesyukuran di Manhattan, New York, 25 Nov, 2020. - REUTERS
THANKSGIVING di Amerika Syarikat (AS) disambut sederhana dibayangi pandemik COVID-19 dan sekatan di beberapa kawasan.
Perarakan Tahunan Macy sempena Hari Kesyukuran di New York yang menjadi tradisi rakyat AS suram kali ini.
Perarakan itu yang lazimnya dijalankan sejauh dua setengah batu di Manhattan, kini hanya meliputi satu blok.
Kebanyakan persembahan direkod lebih awal manakala majoriti peserta merupakan penduduk bandar itu.
Sebelum itu, bakal presiden Joe Biden dalam ucapannya di Delaware menggesa rakyat AS supaya meninggalkan tradisi sambutan Thanksgiving buat sementara tahun ini.
Beliau juga mengingkatkan seluruh rakyat AS sedang memerangi virus bersama dan bukan antara satu sama lain.
Tegasnya, beliau tekad memerangi pandemik COVID-19 dengan meningkatkan ujian saringan serta pengesanan kontak rapat.
#New York #Amerika Syarikat #COVID-19 #Joe Biden #Thanksgiving #Hari Kesyukuran #ujian saringan #kontak rapat #sambutan #sekatan #perarakan