DUNIA
“Tiada apa perlu disembunyikan dalam fail Epstein" - Speaker Dewan Perwakilan AS
Johnson yakin bahawa undian yang bakal diadakan akan menamatkan dakwaan bahawa Presiden Donald Trump mempunyai kaitan dengan kesalahan eksploitasi dan pemerdagangan gadis bawah umur oleh Epstein. - Foto fail
WASHINGTON: Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS), Mike Johnson, pada Ahad menyatakan keyakinan bahawa undian yang bakal diadakan untuk mendedahkan fail Jabatan Kehakiman berkaitan Jeffrey Epstein akan menamatkan dakwaan bahawa Presiden Donald Trump mempunyai kaitan dengan kesalahan eksploitasi dan pemerdagangan gadis bawah umur oleh Epstein.
Ringkasan AI
“Mereka cuba kaitkan Presiden Trump dengan teori ini kononnya beliau terlibat. Hakikatnya, beliau tidak,” kata Johnson, pemimpin Republikan di Dewan, ketika ditemu bual dalam program Fox News Sunday.
“Epstein adalah sebahagian daripada strategi mereka, jadi kami akan ambil senjata itu daripada tangan mereka. Mari kita selesaikan perkara ini. Tiada apa yang perlu disembunyikan,” tegasnya.
Trump dan Epstein pernah dirakam bersama beberapa dekad lalu, namun Trump sebelum ini menegaskan hubungan mereka terputus sebelum Epstein disabitkan kesalahan.
Minggu lalu, beberapa e-mel yang didedahkan oleh jawatankuasa Dewan menunjukkan Epstein percaya Trump “tahu tentang gadis-gadis itu”, namun maksud sebenar frasa tersebut tidak jelas.
Susulan itu, Trump mengarahkan Jabatan Kehakiman menyiasat kaitan tokoh Demokrat dengan Epstein.
Ahli Dewan daripada Demokrat, Ro Khanna yang menjadi penyokong awal petisyen untuk mengadakan undian berhubung pendedahan fail tersebut, menjangkakan lebih 40 ahli Republikan akan menyokong langkah itu.
Ketika ini, Republikan menguasai Dewan dengan 219 kerusi berbanding 214 kerusi Demokrat.
Khanna, dalam program Meet the Press di NBC menegaskan, langkah itu bukan mengenai Trump semata-mata, tetapi soal akauntabiliti terhadap semua individu berpengaruh yang didakwa terlibat dalam eksploitasi ribuan mangsa.
“Ini bukan isu partisan. Semua perlu dipertanggungjawabkan. Golongan Epstein perlu berakhir,” katanya.
Pertikaian mengenai pendedahan lebih banyak dokumen berkaitan Epstein – isu yang turut dijadikan bahan kempen oleh Trump – kini mencetuskan perpecahan dengan beberapa sekutunya di Kongres.
Trump pada Jumaat menarik balik sokongan terhadap Ahli Dewan, Marjorie Taylor Greene dari Georgia, yang sebelum ini antara penyokong tegar beliau, selepas Greene mengkritik Republikan dalam beberapa isu termasuk pengendalian fail Epstein.
Dalam program State of the Union di CNN pada Ahad, Greene berkata, beliau tidak percaya fail yang belum didedahkan itu akan mengaitkan Trump, namun mengulangi gesaan supaya ketelusan dipertingkatkan.
“Saya tidak percaya golongan kaya dan berkuasa harus dilindungi jika mereka melakukan kesalahan,” katanya. - Agensi
Ringkasan AI
- Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat, Mike Johnson, yakin undian fail berkaitan Jeffrey Epstein akan bersihkan dakwaan kaitan Presiden Trump dengan kesalahan eksploitasi gadis bawah umur.
- Epstein adalah bahagian strategi untuk serang Trump, namun presiden tersebut menegaskan hubungan mereka terputus sebelum kesalahan Epstein.
- Ahli Demokrat mendesak keadilan dan akauntabiliti terhadap individu berpengaruh yang terlibat dalam eksploitasi mangsa, bukan isu partisan semata-mata.