[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
INTERNATIONAL

Tiada bukti serangan siber di sebalik gangguan bekalan elektrik di Sepanyol, Portugal - EU

Bernama 29/04/2025 | 15:41 MYT
Presiden Majlis Eropah Antonio Costa berkata tiada petunjuk yang serangan siber menjadi punca gangguan bekalan elektrik besar-besaran yang melanda Sepanyol dan Portugal pada Selasa. - Gambar fail/AP
BRUSSELS: Presiden Majlis Eropah Antonio Costa berkata tiada petunjuk yang serangan siber menjadi punca gangguan bekalan elektrik besar-besaran yang melanda Sepanyol dan Portugal pada Selasa, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).
Costa, bekas Perdana Menteri Portugal, dalam satu hantaran di X memaklumkan yang beliau mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sanchez dan Perdana Menteri Portugal Luis Montenegro berhubung gangguan itu, yang menjejaskan pengangkutan awam, menyebabkan kesesakan lalu lintas teruk dan kelewatan banyak penerbangan.
"Pengendali grid di kedua-dua negara sedang menyiasat punca gangguan ," kata Costa sambil menegaskan yang "setakat ini tiada bukti wujudnya serangan siber."
-- BERNAMA
#serangan siber #gangguan bekalan elektrik #sepanyol #Portugal