DUNIA
Tiada demonstrasi di Jakarta hari ini - Badan Mahasiswa seluruh Indonesia
Anggota tentera Indonesia bersenjata bersiap sedia untuk digerakkan di kawasan Tugu Negara (Monas) susulan demonstrasi besar-besaran dan rusuhan anti-kerajaan yang melanda ibu kota. - Foto REUTERS
JAKARTA: Badan Eksekutif Mahasiswa Seluruh Indonesia (BEM SI) memaklumkan bahawa tiada demonstrasi akan diadakan di ibu kota Jakarta pada Isnin.
Koordinator Pusat BEM SI Kerakyatan, Muhammad Ikram, berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira keadaan semasa yang disifatkan sebagai sangat tidak kondusif.
“Untuk wilayah Jakarta, kerana melihat keadaan yang sangat buruk, kami pastikan kami tidak turun hari ini,” katanya kepada portal Kompas.
Walaupun begitu, Ikram menjelaskan bahawa rancangan untuk mengadakan demonstrasi susulan masih dalam pertimbangan, bergantung kepada situasi dalam tempoh seminggu akan datang.
“Kami masih cuba melihat keadaan, supaya segala bentuk tuntutan dan aspirasi ini dapat disampaikan dengan baik,” tambahnya.
Dalam kenyataan berasingan, penyelaras BEM SI, Muzammil Ihsan, mengesahkan bahawa pihaknya akan meneruskan demonstrasi pada Selasa (2 Sept).
Aksi tersebut merupakan kesinambungan daripada demonstrasi yang diadakan pada Julai lalu bertajuk “Indonesia (C)emas Jilid II 2025”.
Sebelum ini, demonstrasi bertajuk “Indonesia (C)emas 2025” pada 28 Julai, yang berlangsung sehingga malam dan disusuli dengan kehadiran Wakil Menteri Sekretariat Negara, Juri Ardiantoro.
Juri hadir sebagai wakil Presiden Republik Indonesia, Prabowo Subianto, dan Menteri Sekretariat Negara, Prasetyo, bagi menerima tuntutan mahasiswa.
“Tidak benar Presiden mengabaikan aspirasi mahasiswa. Semua akan dikaji dan tindakan akan diambil jika ia selari dengan kepentingan bersama,” katanya kepada para peserta demonstrasi.
Sebagai tanda komitmen, Juri turut menandatangani dokumen tuntutan di hadapan para peserta demonstrasi.