Pihak berkuasa Thailand tidak menemukan sebarang bukti yang mengaitkan serangan bom di selatan Thailand baru-baru ini dengan kematian seorang rakyat Malaysia yang berkedudukan penting dalam kumpulan pengganas Daish, Muhammad Wanndy Mohamed Jedi, di Syria.
Perdana Menteri Jen Prayut Chan-o-cha bagaimanapun memerintahkan agensi keselamatan Thailand terus menyiasat dakwaan bahawa dua kejadian itu mempunyai kaitan.
"Thailand tidak menemukan sebarang maklumat risikan yang membayangkan wujud kaitan antara kejadian serangan bom di selatan Thailand dengan serangan ganas di Jakarta dan Mindanao baru-baru ini," katanya dalam kenyataan dikeluarkan selepas mesyuarat mingguan kabinet di sini hari ini.
Prayut berkata kerajaan akan memaklumkan kepada orang ramai sekiranya terdapat bukti mencukupi untuk mengaitkan letupan bom di Pattani baru-baru ini dengan serangan ganas lain di rantau ini.
Sebuah pasar raya popular di wilayah bergolak ini menjadi sasaran serangan bom berkuasa tinggi pada 9 Mei ketika ia dipenuhi pelanggan, menyebabkan 69 orang cedera, termasuk beberapa kanak-kanak.
Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam kenyataan baru-baru ini berkata letupan bom di selatan Thailand dan serangan pengganas di Jakarta dan Marawi di Mindanao, dikaitkan dengan kematian Muhammad Wanndy.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan kematian pengganas berasal dari Melaka itu dalam satu serangan di Raqqa, Syria pada 29 April.
Prayut juga menggesa semua pihak di Thailand supaya menamatkan sengketa sesama mereka dan tidak membiarkan puak ekstremis dari luar negara mencampuri urusan hal ehwal dalaman Thailand.
Mengenai kemajuan "Zon Keselamatan" di selatan Thailand, beliau berkata kedua-dua pihak masih berunding tentang perkara itu.
Kerajaan Thailand mengadakan rundingan dengan Mara Patani, badan induk yang mewakili beberapa kumpulan militan di selatan Thailand, hasil daripada daya usaha Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 30 2017
Sebuah pasar raya popular di wilayah bergolak ini menjadi sasaran serangan bom berkuasa tinggi pada 9 Mei ketika ia dipenuhi pelanggan, menyebabkan 69 orang cedera, termasuk beberapa kanak-kanak. - Foto BERNAMA
GRS Kekal Teruskan Kerjasama Dengan PH Sabah Hadapi PRN Ke-17 - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memberi bayangan untuk kekal terus bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) Sabah dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.
Gabungan dalam kerajaan kana hormat parti lain
Parti dalam gabungan kerajaan perlu saling hormat menghormati bagi memastikan keharmonian tidak terjejas.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional (PN), kata Ahmad Zahid.
Operasi khalwat: Tidak wajar rakam guna kamera telefon peribadi - Peguam
Menurut Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang pegawai penguat kuasa agama hanya boleh membuat rakaman untuk tujuan siasatan atau prosedur mahkamah.
Kenaikan tambang feri ke Langkawi bagi warga Malaysia dibatalkan
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd membatalkan kenaikan kadar tambang feri yang dijadualkan dikuatkuasakan 1 Januari depan susulan nasihat Kementerian Pengangkutan (MOT).
PM Thailand ke Putrajaya esok, perkukuh hubungan dua hala
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia sejak memegang tampuk kerajaan pada Ogos lalu atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Elaun kekal RM8 sehari, tak wajar bincang sekarang - Khaled
Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengekalkan kadar elaun RM8 sehari untuk peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang akan bermula bulan depan.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
[TERKINI] SAPP bebas membuat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional.
Kongres Khas PKR lulus pindaan perlembagaan parti dengan sokongan lebih dua pertiga perwakilan
Kongres Nasional Khas PKR 2024 hari ini meluluskan kesemua pindaan perlembagaan berkaitan proses pemilihan parti.
SAPP keluar, PN Sabah lemah
Pada PRN Sabah 2018, PN memenangi 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menggunakan logo sendiri.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Khaled, Marles ulangi kebimbangan terhadap perkembangan di Laut China Selatan
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menekankan kepentingan kebebasan pelayaran dan penerbangan mengikut undang-undang antarabangsa.
Menteri Pertahanan ASEAN seru tindakan kolektif dalam mesyuarat di Vientiane
Menteri-menteri daripada 10 negara anggota capai konsensus mengenai objektif yang akan membentuk Komuniti Politik dan Keselamatan ASEAN.
Sri Lanka kerah 90,000 anggota keselamatan untuk Pilihan Raya Parlimen
Pasukan keselamatan dikerah mulai Selasa untuk pastikan pilihan raya berjalan bebas dan adil, setakat ini tiada sebarang aduan serius diterima.
Trump 2.0 dijangka mampu tingkatkan hubungan ekonomi dan keselamatan Malaysia-AS - Penganalisis
Pendekatan 'America First' Trump mungkin sebenarnya boleh buka peluang ekonomi lebih besar untuk Malaysia.
Situasi keselamatan di selatan Lubnan "sangat mencabar" - UNIFIL
Menurut UNIFIL, ia "sangat mencabar" walaupun langkah-langkah yang meluas telah diambil untuk melindungi keselamatan para anggotanya.
Malaysia sahkan komitmen terhadap nilai PBB, multiteralisme pada Hari PBB
Kementerian Luar Negeri menekankan komitmen berterusan Malaysia dalam memperjuangkan multilateralisme dan prinsip serta nilai Piagam PBB sejak diterima sebagai Negara Anggota PBB pada 17 Sept 1957.
Indonesia beri jaminan keselamatan pasukan kebangsaan Bahrain di Gelora Bung Karno
Menteri Belia dan Sukan Indonesia Dito Ariotedjo menegaskan bahawa pasukan Bahrain tidak sepatutnya menolak untuk bermain di Indonesia.
China gesa hati-hati dalam ketegangan Iran-Israel
Wang Yi turut menggesa Israel memastikan keselamatan kakitangan pasukan interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan (UNIFIL).
Manfaatkan kecanggihan teknologi banteras ekstremisme
Sistem data dan teknologi seperti kecerdasan buatan harus mula diaplikasi dalam membanteras ekstremisme.
Malaysia antara 34 negara serantau seru perlindungan pasukan pengaman UNIFIL
Kenyataan bersama itu menyeru agar tindakan sedemikian dihentikan serta-merta dan penyiasatan terperinci dijalankan.