DUNIA
Tiada keistimewaan untuk Warzone, penganjur perlu tunggu 30 hari - Hannah
Hannah berkata tiada keistimewaan khas akan diberikan kepada penganjur walaupun kejohanan yang dijadual berlangsung pada 6 dan 7 Dis ini di Stadium Arena 9, Nilai, Negeri Sembilan itu telah tular di media sosial.
KUALA LUMPUR: Penganjur Warzone World Championship (WWC) tidak mempunyai pilihan selain menunggu sekitar 30 hari bagi mengetahui status kelulusan kejohanan tempur mereka.
Ringkasan AI
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata tiada keistimewaan khas akan diberikan kepada penganjur walaupun kejohanan yang dijadual berlangsung pada 6 dan 7 Dis ini di Stadium Arena 9, Nilai, Negeri Sembilan itu telah tular di media sosial.
"Kita akan proses permohonan mereka dan Pesuruhjaya Sukan (PJS) akan meneliti insurans dan permit. Untuk badan sukan kebangsaan pula, mereka akan meneliti atlet-atlet yang datang, sama ada mereka ini ada latihan atau tidak," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Pentauliahan Emas Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda 2025 di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil hari ini.
Seramai 76 anak muda berusia 14 hingga 24 tahun ditauliahkan ke tahap emas untuk edisi ke-17 kali ini, menjadikan keseluruhan 1,886 penerima sejak program itu diperkenalkan pada 2000.
Terdahulu, Hannah mengesahkan pihaknya menerusi PJS telah menerima permohonan rasmi daripada penganjur WWC bagi tujuan pendaftaran dan pematuhan sukan tempur.
Hannah turut mengulangi pendirian berhubung larangan penyertaan kanak-kanak berusia 15 tahun ke bawah dalam sukan tempur sentuhan penuh (full body contact) kecuali kejohanan tersebut mendapat kelulusan rasmi daripada persatuan sukan kebangsaan atau negeri.
Beliau menegaskan bahawa semua pertandingan sukan tempur mesti dijalankan mengikut peraturan persekutuan antarabangsa dan perlu melalui proses kelulusan sah sebelum dibenarkan berlangsung.
"Kita nak melindungi kanak-kanak daripada banyak penganjur yang tidak mempunyai tauliah ataupun tidak mempunyai kebenaran dan ini membahayakan kanak-kanak.
"Kalau kita lihat reaksi masyarakat di luar sana, memang ramai yang telah menyatakan bantahan mereka terhadap penggunaan ataupun eksploitasi kanak-kanak untuk sekadar hiburan," katanya.
Video promosi kejohanan itu sebelum ini menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen apabila menampilkan aksi pergaduhan dua petarung kanak-kanak dari Malaysia dan Indonesia ketika sesi pengenalan.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Penganjur Warzone World Championship (WWC) terpaksa menunggu selama 30 hari untuk mengetahui kelulusan kejohanan tempur mereka di Stadium Arena 9, Nilai, Negeri Sembilan.
- Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, menyatakan bahawa tiada keistimewaan khas akan diberikan kepada penganjur, menekankan perlunya insurans, permit, dan latihan atlet-atlet yang berkaitan.
- Hannah menegaskan larangan penyertaan kanak-kanak di bawah 15 tahun dalam sukan tempur sentuhan penuh tanpa kelulusan rasmi, demi melindungi kanak-kanak daripada eksploitasi yang membahayakan.