DUNIA

Tiada lagi rundingan, Thailand akan ambil segala langkah perlu lindungi kedaulatan - PM Anutin

Astro Awani 08/12/2025 | 10:51 MYT
Anutin menekankan komitmen penuh Thailand terhadap prinsip undang-undang antarabangsa dan hak sah untuk mempertahankan diri. -Foto X Al Arabiya English
BANGKOK: Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul, menegaskan kerajaan akan mengambil segala langkah perlu bagi mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara susulan pertempuran maut di sempadan dengan Kemboja yang mengorbankan sekurang-kurangnya lima nyawa.


Ringkasan AI
  • Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul, menegaskan kesediaan kerajaan untuk mempertahankan kedaulatan negara selepas pertempuran maut di sempadan dengan Kemboja yang mengorbankan sekurang-kurangnya lima nyawa.
  • Thailand menekankan komitmen terhadap prinsip undang-undang antarabangsa serta hak untuk mempertahankan diri, dengan Anutin menyatakan bahawa sebarang tindakan agresif tidak akan ditoleransi.
  • Thailand enggan berunding dengan Kemboja berkenaan konflik sempadan dan tindakan tentera Thailand bertujuan memberi amaran bahawa langgaran kedaulatan tidak akan dipandang ringan, sementara Kerajaan memberi perhatian kepada kebajikan penduduk di kawasan sempadan yang terkesan.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Dalam kenyataan rasmi pada Isnin, Anutin menekankan komitmen penuh Thailand terhadap prinsip undang-undang antarabangsa dan hak sah untuk mempertahankan diri.

“Thailand tidak pernah memulakan sebarang tindakan agresif,” katanya sambil menambah sebarang pelanggaran terhadap kedaulatan negara tidak akan ditoleransi.

Anutin dalam pada itu berkata kerajaan Thailand tidak akan lagi berunding dengan Kemboja berhubung konflik sempadan yang berterusan susulan pertempuran di wilayah sempadan baru-baru ini.

“Mulai sekarang, tidak akan ada sebarang rundingan. Jika mahu pertempuran dihentikan, Kemboja mesti mengikut tindakan yang ditetapkan oleh Thailand,” kata Anutin.

Bercakap di Rumah Kerajaan, Anutin berkata tindak balas tentera Thailand bertujuan menghantar mesej jelas bahawa Kemboja tidak boleh sekali lagi melanggar kedaulatan Thailand.

Ditanya mengenai tempoh bagi memulihkan keamanan, Anutin enggan mengulas dan menegaskan bahawa ia perlu dirahsiakan atas faktor strategik.

Beliau turut mengarahkan semua agensi kerajaan memberi perhatian rapi terhadap kebajikan penduduk di kawasan sempadan yang dipindahkan ke pusat perlindungan sementara.

Bantuan tempat tinggal, makanan, air bersih dan rawatan perubatan disalurkan secara berperingkat.

Kenyataan itu menyusul selepas Tentera Diraja Thailand melancarkan serangan udara ke atas pusat kawalan dron dan pangkalan roket Kemboja di wilayah Preah Vihear dan Oddar Meanchey, sebagai tindak balas terhadap serangan artileri yang didakwa dilakukan Kemboja ke atas pos tentera Thailand di Ubon Ratchathani.

Kemboja menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkan tindakan Thailand sebagai pencerobohan terang-terangan, manakala masyarakat antarabangsa menyeru kedua-dua negara menahan diri dan kembali ke meja rundingan.







Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah tindakan yang diambil oleh kerajaan Thailand susulan pertempuran maut di sempadan dengan Kemboja?
    A: Perdana Menteri Thailand menegaskan kerajaan akan mengambil segala langkah perlu bagi mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara.
  • Q: Apakah komitmen penuh Thailand yang ditegaskan oleh Perdana Menteri Anutin Charnvirakul dalam kenyataan rasmi beliau?
    A: Anutin menekankan komitmen penuh Thailand terhadap prinsip undang-undang antarabangsa dan hak sah untuk mempertahankan diri.
  • Q: Apakah arahan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri Thailand kepada agensi kerajaan berhubung dengan kebajikan penduduk di kawasan sempadan?
    A: Anutin mengarahkan semua agensi kerajaan memberi perhatian rapi terhadap kebajikan penduduk di kawasan sempadan yang dipindahkan ke pusat perlindungan sementara.
  • Q: Apakah tindakan tentera Thailand yang dilakukan sebagai tindak balas terhadap serangan artileri yang didakwa dilakukan oleh Kemboja?
    A: Tentera Thailand melancarkan serangan udara ke atas pusat kawalan dron dan pangkalan roket Kemboja di wilayah Preah Vihear dan Oddar Meanchey.
  • Q: Apakah respons Kemboja terhadap tindakan tentera Thailand?
    A: Kemboja menafikan dakwaan tindakan serangan artileri dan menyifatkan tindakan Thailand sebagai pencerobohan terang-terangan.



#Anutin Charnvirakul #konflik Thailand-Kemboja #prinsip undang-undang antarabangsa #hak untuk mempertahankan diri