DUNIA

Tiada langkah pemindahan tambahan rakyat Rusia dari Semenanjung Gaza buat masa ini

Bernama 23/08/2025 | 11:27 MYT
Setakat ini, seramai 67 rakyat Rusia dan ahli keluarga terdekat mereka masih berada di Semenanjung Gaza. - AP
MOSCOW: Rusia buat masa ini tidak merancang sebarang langkah pemindahan tambahan rakyatnya dari Semenanjung Gaza, menurut Kementerian Luar Rusia kepada RIA Novosti.

"Tiada langkah pemindahan tambahan khas yang dirancang," kata kementerian itu ketika ditanya mengenai rakyat Rusia yang masih berada di Semenanjung Gaza.

Diplomat Rusia bersedia membantu urusan keluar rakyatnya dari Semenanjung Gaza dengan selamat serta kepulangan mereka ke tanah air, tambah kementerian itu.

"Apabila perlu, kami bersedia membantu menyelaras dengan pihak berkuasa Israel mengenai isu praktikal mengatur keluar mereka dengan selamat, serta transit seterusnya melalui wilayah Israel ke Jordan dan kemudian ke Rusia," katanya.

Setakat ini, seramai 67 rakyat Rusia dan ahli keluarga terdekat mereka masih berada di Semenanjung Gaza, menurut kementerian itu.

Diplomat Rusia berhubung secara langsung dengan mereka, tambahnya.

-- BERNAMA

#rakyat rusia #Semenanjung Gaza #pemindahan #diplomat rusia #Israel