DUNIA
Tiada mangsa terselamat dalam letupan kilang peluru di Tennessee
Sisa runtuhan memenuhi kawasan dan kenderaan selepas letupan kuat menggegarkan sebuah kilang pembuatan bahan letupan tentera di Hickman County, Tennessee, Amerika Syarikat, pada Jumaat. - Gambar AP
TENNESSEE, AMERIKA SYARIKAT: Pihak berkuasa mengesahkan tiada mangsa terselamat dijumpai di lokasi letupan di sebuah kilang pembuatan bahan letupan ketenteraan di Tennessee, Amerika Syarikat.
Letupan kuat yang berlaku awal pagi Jumaat di ibu pejabat Accurate Energetic Systems di Bucksnort - kira-kira sejam perjalanan ke barat Nashville memusnahkan sepenuhnya sebuah bangunan di kawasan berkenaan dan gegarannya dirasai hingga beberapa kilometer jauhnya.
“Lebih 300 anggota penyelamat telah memeriksa hampir setiap inci kawasan ini dan setakat ini, tiada mangsa terselamat ditemui,” kata Sheriff Daerah Humphreys, Chris Davis, kepada pemberita pada Sabtu.
“Ia satu kehilangan besar buat komuniti kami.”
Pihak berkuasa tidak mengumumkan angka kematian tepat, namun sebelum ini memaklumkan 18 individu masih tidak dapat dikesan.
Davis turut mengesahkan operasi kini beralih daripada fasa menyelamat kepada pemulihan dan pasukan penyiasat akan menggunakan ujian DNA bagi mengesahkan identiti mangsa yang terkorban.
Kilang berkenaan menghasilkan bahan letupan untuk kegunaan ketenteraan dan kerja-kerja perobohan.
Pasukan penyiasat, termasuk ejen dari Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) serta Biro Alkohol, Tembakau, Senjata Api dan Bahan Letupan (ATF), masih menyiasat punca kejadian.
Kehadiran bahan letupan dan peluru hidup di kawasan tersebut turut menyukarkan proses pencarian.
Dalam satu kenyataan, pihak syarikat menyifatkan kejadian itu sebagai “kemalangan tragik.”
Davis berkata, siasatan bagi menolak kemungkinan unsur khianat mungkin mengambil masa beberapa hari, minggu, atau bahkan bulan sebelum dapat disahkan sepenuhnya. - Agensi

#kilang peluru meletup
#letupan
#tiada mangsa selamat
#Tennessee Amerika Syarikat
#Accurate Energetic Systems