awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada masalah air, elektrik di Istana Presiden IKN - Jokowi

Bernama
Bernama
29/07/2024
11:50 MYT
Tiada masalah air, elektrik di Istana Presiden IKN - Jokowi
Selain air dan elektrik, Jokowi (foto) juga memaklumkan rangkaian internet di Istana Presiden IKN juga berfungsi dengan lancar. -Gambar fail/Reuters
JAKARTA: Presiden Joko Widodo (Jokowi) menyatakan tiada masalah berkaitan bekalan air dan elektrik semasa bermalam buat kali pertama di Istana Presiden, Ibu Kota Nusantara (IKN) pada malam Ahad (28 Julai).
"Tiada masalah, air mencukupi, elektrik pun baik," kata presiden semasa memberikan kenyataan media di IKN, Daerah Penajam Paser Utara, Kalimantan Timur, pada Isnin.
Selain air dan elektrik, presiden juga memaklumkan rangkaian internet di Istana Presiden IKN juga berfungsi dengan lancar.
"Internet baik," ujar presiden.
Selanjutnya, ketua negara itu menyatakan bahawa pembinaan Istana Presiden IKN masih berlangsung dan kemajuannya memuaskan.
Jokowi menyatakan pada Isnin bahawa beliau juga akan mengadakan mesyuarat di pejabat Presiden.
Bagaimanapun, presiden menyatakan bahawa beliau belum boleh menjemput wartawan kerana beberapa orang masih bekerja supaya kerja mereka tidak terjejas.
"Masih ada pembersihan dan penyelesaian. Semuanya masih dalam kemajuan yang baik," kata presiden.
Presiden Jokowi akan mengadakan mesyuarat sulung di IKN bersama Pihak Berkuasa IKN (OIKN) dan Forum Penyelarasan Kepimpinan Daerah Kalimantan Timur (Forkopimda).
Timbalan Protokol, Akhbar dan Media Sekretariat Presiden Yusuf Permana menyampaikan perkara itu dalam satu kenyataan yang diterima di Penajam Paser Utara, Kalimantan Timur, Isnin.
"Beliau merancang mengadakan mesyuarat bersama OIKN disertai oleh setiausaha kerajaan negeri dan menteri PUPR. Kemudian beliau juga akan menerima Forkopimda Kalimantan Timur," ujar Permana.
Beliau menambah, mesyuarat di Istana IKN akan dilaksanakan sama seperti di Istana Presiden di Jakarta.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Joko Widodo
#bekalan air
#IKN
#Istana Presiden
#Ibu Kota Nusantara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan