awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] "Tiada usaha sabotaj, khianat dalam Kerajaan MADANI" - PM Anwar
Permohonan kuota penggajian pekerja asing mulai 19 Januari - KDN
Hujan lebat berterusan di Sarawak bermula esok hingga 1 Jan - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada pelancong datang menghulur, monyet Bali kini kebulur, habis dibongkar isi dapur

Agensi
Agensi
05/09/2021
05:14 MYT
Tiada pelancong datang menghulur, monyet Bali kini kebulur, habis dibongkar isi dapur
Penduduk setempat menggunakan biaya mereka sendiri untuk menyediakan makanan buat monyet-monyet di kawasan santuari Hutan Sangeh. - AP
SANGEH: Ketiadaan sumber makanan kesukaan seperti pisang, kacang dan makanan lain yang lazimnya dibawa oleh pelancong yang kini kedatangan mereka terhalang akibat COVID-19, membuatkan monyet-monyet yang lapar di Pulau Bali mula menyelongkar rumah penduduk kampung untuk mencari sesuatu yang lazat.
Penduduk kampung di Sangeh berkata, kumpulan monyet itu sudah keluar sejauh 500 meter dari santuari tempat ia berkumpul untuk 'menyelinap' dari atas bumbung rumah penduduk kampung, dan menunggu peluang sesuai untuk mencuri makanan dari dapur.
Bimbang dengan keadaan itu yang mungkin menjadi tidak terkawal, penduduk kampung terpaksa membawa buah-buahan, kekacang dan beberapa jenis makanan lain ke Hutan Monyet Sangeh bagi meredakan haiwan-haiwan berkenaan yang jumlahnya dalam ratusan.
“Kami takut jika monyet-monyet yang lapar iatu akan berubah menjadi liar dan ganas,” keluh seorang penduduk kampung, Saskara Gustu Alit, kepada AP.
Kira-kira 600 monyet yang tinggal di santuari hutan itu, akan turun bergayutan dari pokok-pokok tinggi dan memenuhi candi Pura Bukit Sari. Haiwan-haiwan itu dianggap makhluk yang suci dan perlu dijaga dengan baik.
Pada waktu biasa, kawasan hutan terlindung di selatan pulau peranginan itu sangat popular dalam kalangan penduduk tempatan untuk mengambil gambar perkahwinan, selain menarik minat pengembara dunia.
Monyet-monyet yang jinak itu akan turut ada bersama untuk mendekati manusia, lebih-lebih lagi menjadi 'kawan yang mesra' apabila dihulur makanan seperti kacang.
Secara dasarnya, pelancongan adalah pendapatan utama bagi 4 juta penduduk Bali, yang menyambut lebih 5 juta pelancong setahun sebelum bermulanya pandemik.
Hutan Monyet Sangeh lazimnya menerima kedatangan sehingga 6,000 pengunjung sebulan. Namun apabila pandemik merebak pada tahun lalu, kedatangan antarabangsa merosot secara dramatik iaitu sekadar 500 pengunjung.
Sejak Julai, Indonesia melarang kemasukan semua pelancong asing ke pulau itu malah menutup santuari berkenaan kepada penduduk tempatan, lantas menjadikan lokasi popular itu sepi.
Bukan sahaja tiada sesiapa yang kini membawa makanan tambahan untuk monyet-monyet itu, santuari berkenaan juga kehilangan biaya yang diperoleh daripada bayaran masuk, sekali gus menyusutkan kemampuan untuk penyediaan makanan untuk haiwan tersebut, ujar pengurus operasinya, Made Mohon.
Topic Berkaitan
#Bali
#monyet
#pelancongan
#hutan sangeh
#Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan