Tiada rancangan untuk elak perang dengan Korea Selatan - Kim Jong Un

Bernama
Januari 10, 2024 06:08 MYT
Kim juga mengancam untuk menghancurkan Korea Selatan jika Seoul cuba menggunakan kekerasan terhadap Pyongyang. - Gambar/ Reuters
SEOUL: Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un menggelar Korea Selatan sebagai "musuh utama" Pyongyang dan menegaskan beliau "tidak berhasrat untuk mengelak peperangan" dengan negara jirannya itu, lapor media kerajaan pada Rabu.
Kim juga mengancam untuk menghancurkan Korea Selatan jika Seoul cuba menggunakan kekerasan terhadap Pyongyang, lapor Agensi Berita Yonhap memetik Agensi Berita KCNA.
Menurut KCNA dengan menganggap Korea Selatan sebagai musuh utama negara itu, Kim menegaskan bahawa Korea Utara sepatutnya memberi keutamaan untuk meningkatkan keupayaan ketenteraan bagi pertahanan diri dan pencegahan nuklear sebagai keutamaan mereka.
-- BERNAMA
#Korea Utara #Korea Selatan #Kim Jong Un #elak perang