DUNIA
Tiada rumusan awal berhubung nahas pesawat sehingga laporan akhir dikeluarkan - Menteri Penerbangan India
Pesawat Boeing 787-8 Dreamliner milik Air India yang dalam perjalanan ke London itu terhempas pada 12 Jun, sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sardar Vallabhbhai Patel di Ahmedabad. - Gambar Reuters
NEW DELHI: Menteri Penerbangan Awam Persekutuan India, Ram Mohan Naidu Kinjarapu pada Sabtu menegaskan, laporan awal yang dikeluarkan oleh Biro Siasatan Kemalangan Pesawat (AAIB) berhubung nahas pesawat B787-8 bulan lepas yang meragut 260 nyawa, masih berdasarkan penemuan awal dan sebarang rumusan hanya akan dibuat selepas laporan akhir siap sepenuhnya, lapor Xinhua.
"Ini hanya laporan awal. Pihak kementerian sedang menganalisisnya, tetapi saya rasa lebih wajar untuk kami mengulas selepas laporan akhir dikeluarkan," katanya kepada media.
Laporan awal yang dikeluarkan AAIB awal Sabtu mendedahkan, bekalan bahan api ke enjin pesawat terputus susulan kekeliruan antara juruterbang berhubung pergerakan suis enjin di kokpit.
Laporan berkenaan tidak menemukan sebarang kerosakan besar pada pesawat atau enjinnya dan tidak mengesyorkan sebarang tindakan terhadap pengeluar atau pengendali pesawat B787-8 pada peringkat siasatan ketika ini.
Susulan laporan itu, syarikat penerbangan Air India dan pengeluar pesawat Boeing menyatakan komitmen untuk terus memberikan kerjasama dalam siasatan yang dijalankan AAIB.
Laporan setebal 15 muka surat yang diterbitkan sebulan selepas nahas itu menyediakan gambaran rasmi pertama mengenai detik-detik akhir tragedi udara terburuk India dalam beberapa dekad, dan menimbulkan persoalan baharu mengenai punca kegagalan enjin berkembar secara serentak.
Pesawat Boeing 787-8 Dreamliner milik Air India yang dalam perjalanan ke London itu terhempas pada 12 Jun, sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sardar Vallabhbhai Patel di Ahmedabad, kira-kira 17 kilometer di selatan Gandhinagar, ibu negeri Gujarat, mengorbankan semua penumpang dan anak kapal kecuali seorang daripada 242 orang di dalamnya.
AAIB ialah agensi kerajaan yang menyiasat insiden kemalangan pesawat di India. Selepas nahas itu, siasatan segera dimulakan dan pasukan pelbagai disiplin ditubuhkan keesokan harinya mengikut piawaian dan protokol antarabangsa.
-- BERNAMA