"Tiada siapa boleh lawan kita" - Trump puji ‘kejayaan ketenteraan luar biasa’ di Venezuela

Presiden Trump berucap di hadapan ahli Republikan pada sesi pemukiman di Washington, pada Selasa. - Gambar Reuters
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mendakwa, operasi ketenteraan di Venezuela sebagai satu “kejayaan luar biasa” ketika berucap di hadapan ahli Republikan di Washington DC, pada Selasa.
Ucapan Trump disambut tepukan gemuruh dan ‘standing ovation’ oleh ahli Republikan ketika beliau mendedahkan butiran operasi yang disifatkan sebagai “kompleks”.
Menurut Trump, operasi yang dilancarkan pada Sabtu lalu menyasarkan kediaman Presiden Venezuela, Nicolas Maduro dan isterinya, Cilia Flores di Caracas.
Beliau mendakwa “ramai, ramai” terbunuh, kebanyakannya warga Cuba, selepas pasukan elit Amerika menyerbu kediaman tersebut.
Kerajaan Cuba mengesahkan 32 rakyatnya maut dalam insiden itu, manakala media tempatan Venezuela melaporkan jumlah korban keseluruhan mencecah 57 orang termasuk dua wanita awam.
Trump turut memaklumkan sebanyak 152 pesawat terlibat dalam operasi berkenaan dan tiada anggota tentera Amerika terkorban.
“Amerika Syarikat sekali lagi membuktikan kita memiliki angkatan tentera paling berkuasa, paling mematikan, paling canggih dan paling digeruni di muka bumi,” kata Trump.
“Tiada siapa mampu tandingi kita. Saya sudah lama katakan perkara ini – tiada siapa boleh lawan kita,” tegasnya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


