awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kos urus penyakit tidak berjangkit cecah RM64.3 bilion setahun, fokus pencegahan - Dr Dzulkefly
KPKT sedia bantu proses pemutihan rumah ibadah tanpa kebenaran - Kor Ming
Kadar kematian kes denggi di Melaka meningkat, lepasi had ditetap KKM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada terowong Hamas ditemui di sepanjang Koridor Philadelphi

Astro Awani
Astro Awani
06/09/2024
01:00 MYT
Tiada terowong Hamas ditemui di sepanjang Koridor Philadelphi
Netanyahu berkeras untuk mengekalkan kehadiran tentera kerana mendakwa koridor tersebut adalah ‘talian hayat’ bagi Hamas untuk menyimpan senjata. - Foto REUTERS
GAZA: Tentera Israel tidak menemui sebarang terowong bawah tanah yang beroperasi di bawah Koridor Philadelphi di sempadan Gaza-Mesir.
Menurut penganalisis tentera Israel, Alon Ben-David, tiada satu terowong terbuka yang ditemui di wilayah Mesir dan Koridor Philadelphi.
Koridor tersebut, sebuah kawasan tanpa tentera di sepanjang sempadan Mesir dengan Gaza, menjadi isu utama dalam rundingan gencatan senjata serta pertukaran tahanan antara Israel dan kumpulan pejuang Hamas.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkeras untuk mengekalkan kehadiran tentera kerana mendakwa koridor tersebut adalah ‘talian hayat’ bagi Hamas untuk menyimpan senjata.
Mesir menolak sebarang kehadiran tentera Israel di koridor itu dan mengecam dakwaan Netanyahu mengenai penyeludupan senjata ke Gaza melalui wilayahnya.
Ben-David menyifatkan dakwaan Netanyahu tidak tepat, kerana menurutnya kira-kira 80 peratus senjata Hamas dihasilkan sendiri di Gaza.
Minggu lalu, Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant berkata, pengunduran tentera Israel dari Koridor Philadelphi tidak menimbulkan masalah keselamatan kepada Israel.
Selama berbulan-bulan, Amerika Syarikat (AS), Qatar serta Mesir cuba mencapai persetujuan antara Israel dan Hamas untuk memastikan pertukaran tahanan, gencatan senjata serta membenarkan bantuan kemanusiaan memasuki Gaza.
Namun, usaha itu terhenti kerana keengganan Netanyahu untuk memenuhi tuntutan Hamas bagi menghentikan perang.
Topic Berkaitan
#terowong
#Koridor Philadelphi
#sempadan Gaza-Mesir
#Benjamin Netanyahu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan