AS 'tidak akan berehat' sehingga baki tebusan dibebaskan - Antony Blinken

Astro Awani
Januari 15, 2024 03:40 MYT
Antony Blinken telah menyertai gesaan bagi pembebasan baki tawanan yang ditahan di Gaza pada hari ke-100 sejak mereka ditangkap oleh Hamas. - Gambar AP
SETIAUSAHA Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken telah menyertai gesaan bagi pembebasan baki tawanan yang ditahan di Gaza pada hari ke-100 sejak mereka ditangkap oleh Hamas.
Menurut Blinken, 100 hari dalam tawanan adalah tempoh yang terlalu lama.
"Amerika Syarikat tidak akan berehat sehingga semua tebusan yang tinggal, termasuk enam rakyat Amerika, disatukan semula dengan orang tersayang mereka," tambah beliau dalam hantaran di akaun X.

100 days of captivity in Gaza is far too long. The United States will not rest until all remaining hostages, including six Americans, are reunited with their loved ones.

— Secretary Antony Blinken (@SecBlinken) January 15, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Perang antara Israel dan Palestin sudah berlanjutan 100 hari sejak Hamas melancarkan serangan ke atas Israel pada 7 Oktober tahun lalu.
Pasukan pejuang Palestin itu mendakwa, dalam serangan itu, mereka turut menawan antara 200 hingga 250 tawanan.
Selain tentera Israel, tawanan itu juga merangkumi warga asing termasuk dari AS.
#Perang Palestin-Israel #AS tidak akan berehat #tawanan perang #israel serang gaza