WASHINGTON: Washington tidak pernah merancang untuk menghantar tentera ke Ukraine, tetapi memberi amaran akan bertindak jika berlaku sebarang pencerobohan, kata Presiden Joe Biden.
"Perkara itu tidak pernah dibincangkan," kata Biden kepada pemberita pada Sabtu.
Jika Rusia memutuskan untuk menyerang Ukraine, Amerika Syarikat (AS) akan meningkatkan kehadiran tenteranya dan Moscow perlu berdepan apa jua kesannya kelak dari segi imejnya di peringkat dunia serta ekonomi, lapor Sputnik.
"Saya telah katakan dengan jelas kepada Presiden Putin ... bahawa jika ambil sebarang tindakan di Ukraine, ekonominya akan musnah," kata Biden.
Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov, memberitahu saluran televisyen Greek ANT1 pada Sabtu Rusia tidak merancang untuk melakukan apa jua serangan serangan ke atas Ukraine.
Peskov turut mengkritik tindakan Turki menjual dronnya kepada Ukraine.
Presiden Vladimir Putin pada Selasa membuat panggilan telefon kepada Biden, membincangkan mengenai dakwaan tentera Rusia telah dikerahkan ke kawasan berhampiran sempadan Ukraine.
Sejak beberapa minggu lepas, Kiev dan beberapa negara Barat menuduh Moscow menempatkan tenteranya berhampiran sempadan dengan Ukraine.
Moscow, berulang kali menafikan tuduhan itu dan menyatakan Barat mahu menggunakannya sebagai alasan untuk menempatkan peralatan tentera NATO berhampiran sempadan Rusia.
Jabatan Negara AS pada Sabtu memaklumkan Penolong Setiausaha Biro Hal Ehwal Eropah dan Eurasia, Karen Donfried, akan melawat Moscow dan Kiev pada 13 hingga 15 Dis, dan kemudian akan bertemu wakil Kesatuan Eropah (EU) di Brussels untuk membincangkan penyelesaian diplomatik berhubung situasi Ukraine.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 12 2021
Presiden Joe Biden memberi amaran AS kan bertindak jika berlaku sebarang pencerobohan. - Foto REUTERS
MB Terengganu sedia kongsi kepakaran bantu siasatan nahas helikopter TLDM
Menteri Besar Terengganu, Datuk Ser Ahmad Samsuri Mokhtar sedia membantu dan berkongsi kepakaran sekiranya diperlukan dalam membantu menyiasat insiden dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Lumut, Perak.
Inspektor polis didakwa lakukan amang seksual terhadap remaja 16 tahun ditahan
Seorang pegawai polis berpangkat inspektor ditahan selepas didakwa melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berumur 16 tahun.
Penganggur terlepas tali gantung, hukuman mati diganti penjara 30 tahun, 12 sebatan
Seorang penganggur terlepas tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman mati terhadapnya dengan penjara 30 tahun bagi kesalahan membunuh.
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan beri bantuan RM10,000 kepada keluarga mangsa
Kerajaan menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam nahas helikopter di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, pada Selasa.
Kawalan di KLIA Terminal 1 dan 2 dipertingkat dengan 4 skuter elektrik
Kawalan keselamatan di KLIA Terminal 1 dan 2 oleh PDRM terus dipertingkatkan dengan penggunaan empat skuter elektrik.
AWANI Borneo [24/04/2024] – Nahas helikopter | Bernilai RM1.76 juta | Rakyat diutamakan
AWANI Borneo Rabu, 24 April 2025 bersama Assim Iskandar.
- Nahas helikopter : Jasad mendiang Joanna dikebumikan di Serian esok.
- Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak bermilai RM1.76 juta.
- DUN Sabah : Pembangkang tidak dipinggir, peruntukan tetap diberikan - Hajiji
- Nahas helikopter : Jasad mendiang Joanna dikebumikan di Serian esok.
- Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak bermilai RM1.76 juta.
- DUN Sabah : Pembangkang tidak dipinggir, peruntukan tetap diberikan - Hajiji
Tony Fernandes lanjut kontrak 5 tahun sebagai CEO Capital A
CEO Capital A Bhd Tony Fernandes telah menandatangani kontrak perkhidmatan baharu untuk tempoh lima tahun akan datang.
Skuad B-23 kurang cergas - O' Donell
Aspek kecergasan perlawanan menjadi penyebab utama pemain skuad Bawah 23 Tahun negara gagal memberikan saingan terbaik pada kempen Piala Asia B-23.
Cadangan tubuh Jabatan Perikanan Sarawak dibentang November
Kertas cadangan penubuhan Jabatan Perikanan Sarawak dijangka dibentangkan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak selewat-lewatnya November ini.
Teliti isu limpahan pengusaha pelancongan asing - pembangkang
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menggesa Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah untuk menangani isu limpahan pengusaha pelancong Korea atau China yang dilihat semakin mendominasi industri pelancongan tempatan.
TikTok akan saman AS jika dipaksa jual atau dihalang akses
Bytedance dijangka akan melihat kepada pelbagai perkara termasuk melawan di mahkamah sebelum membuat keputusan untuk menjual atau sebagainya.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
AS: Dua maut, enam cedera dalam kejadian tembakan di Memphis
Sekurang-kurangnya dua orang maut dan enam lagi cedera dalam kejadian tembakan di sebuah parti di Memphis, Tennessee.
Seorang maut, tujuh hilang helikopter tentera Jepun terhempas
Ketika ini punca kejadian tidak diketahui, namun kerajaan akan melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan nyawa.
Pakistan bidas AS terhadap sekatan ke atas firma pembekal item misil balistik
Jurucakap Kementerian Luar Pakistan Mumtaz Zahra Baloch berkata Washington pada masa lepas telah mengambil langkah sedemikian tanpa bukti.
AS mungkin tidak kena sekatan terhadap Iran, bimbang harga minyak mentah naik mendadak
Iran tidak akan lakukan serangan besar yang boleh melumpuhkan Israel dan Israel juga tidak akan berbuat demikian terhadap Iran.
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Palestin kecam AS guna kuasa veto halang keanggotaan penuh negara itu dalam PBB
Palestin mengecam sekeras-kerasnya keputusan Amerika Syarikat (AS) yang menggunakan kuasa veto bagi menolak usul Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) pada Khamis yang menuntut ke
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
AS berkata sebuah negara Palestin yang merdeka harus ditubuhkan melalui rundingan terus antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.