DUNIA
Tidak setuju Israel kuasai Gaza, Ketua Turus Tentera bertelagah dengan PM Netanyahu
Zamir (kanan) memberi amaran kepada Netanyahu bahawa cadangan Perdana Menteri Israel itu untuk melancarkan penjajahan penuh ke atas Gaza erisiko “mewujudkan perangkap di Gaza” sekiranya diteruskan.
BAITULMAQDIS: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dilaporkan bertikam lidah dengan Ketua Turus Tentera, Jeneral Eyal Zamir dalam satu mesyuarat pada Selasa yang membincangkan hala tuju perang di Gaza.
Menurut penyiar awam Israel, Kan, pertikaian tercetus selepas Zamir menyatakan tentangan terhadap cadangan Netanyahu untuk melancarkan penjajahan penuh ke atas Gaza – satu langkah yang disifatkan beliau boleh menjadi perangkap besar buat Israel.
Zamir memberi amaran kepada Netanyahu bahawa tindakan sedemikian berisiko “mewujudkan perangkap di Gaza” sekiranya diteruskan.
Ketegangan memuncak apabila Netanyahu dilaporkan menempelak Zamir dengan berkata: “Jangan ugut mahu letak jawatan melalui media,” merujuk kepada laporan media Israel bahawa Ketua Turus Tentera itu sedang mempertimbangkan untuk berundur sekiranya rundingan damai dengan Hamas terus menemui jalan buntu.
Cadangan ketenteraan yang dibawa oleh Zamir, menurut laporan media tempatan, lebih cenderung kepada pendekatan bersasar dan berperingkat – yang membolehkan operasi ketenteraan dihentikan serta-merta sekiranya gencatan senjata berjaya dicapai. - Agensi
Dapatkan berita terkini di sini

#Benjamin Netanyahu
#Jeneral Eyal Zamir
#Netanyahu bertelagah
#penjajahan Israel
#israel serang gaza