awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga angkasawan China selamat kembali ke bumi

Astro Awani
Astro Awani
05/06/2023
02:00 MYT
Tiga angkasawan China selamat kembali ke bumi
Tiga angkasawan berkenaan ialah Fei Junlong, Deng Qingming dan Zhang Lu. - Foto AP
TIGA angkasawan China yang bertugas di stesen angkasa negara itu semalam selamat kembali ke bumi.
Menurut agensi berita Xinhua, kapal angkasa Shenzhou-15 mendarat di tapak pendaratan di wilayah Mongolia dan kerajaan memuji misi itu sebagai satu kejayaan besar.
Tiga angkasawan berkenaan ialah Fei Junlong, Deng Qingming dan Zhang Lu.
Mereka keluar dari kapsul kapal angkasa dalam keadaan fizikal yang baik dengan kerajaan sifatkan misi berkenaan satu kejayaan yang lengkap.
Rakaman menunjukkan pegawai perubatan memakai sut putih dan topeng muka menyelimutkan angkasawan berkenaan dan membawa mereka keluar dari tapak pendaratan.
Ketiga-tiga mereka menghabiskan enam bulan di Stesen Angkasa Tiangong, berjalan di angkasa dan melakukan pelbagai eksperimen saintifik.
China minggu lalu menghantar tiga lagi angkasawan termasuk orang awam pertamanya ke orbit sebagai sebahagian daripada misi baharu Shenzhou-16.
Ekonomi kedua terbesar di dunia itu melaburkan berbilion dolar bagi membangunkan program angkasa lepas kendalian tenteranya dalam usaha mengejar Amerika Syarikat dan Rusia.
Beijing menyasarkan untuk menghantar misi kru ke bulan menjelang 2030 dan merancang membina pangkalan di permukaan bulan.
Topic Berkaitan
#angkasawan
#Shenzhou-15
#kapal angkasa
#Stesen Angkasa Tiangong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan