DUNIA
Tiga angkasawan China selamat mendarat selepas misi pulang ditangguh akibat tingkap retak
Angkasawan Chen Zhongrui dibawa keluar dari kapsul pulang Shenzhou-21 selepas mendarat di Tapak Pendaratan Dongfeng, Mongolia Dalam, pada Jumaat. - Gambar/ AP
BEIJING: Tiga angkasawan China selamat mendarat ke bumi pada Jumaat selepas misi pulang mereka ditangguhkan lebih seminggu berikutan insiden serpihan angkasa yang menyebabkan retakan pada tingkap kapal angkasa Shenzhou-20.
Ringkasan AI
Menurut agensi berita Xinhua, kru Shenzhou-20 sepatutnya menamatkan misi di Stesen Angkasa Tiangong minggu lalu dan telah menyerahkan kawalan kepada pasukan baharu yang memulakan misi enam bulan.
Namun begitu, perjalanan pulang terpaksa ditunda selepas kesan serpihan kecil dikesan pada kapsul pulang, sekali gus menjadikannya tidak selamat digunakan.
Dalam pada itu, China Manned Space Agency (CMSA) memaklumkan ketiga-tiga angkasawan akhirnya kembali menggunakan kapal angkasa Shenzhou-21 yang membawa kru baharu manakala pemeriksaan perubatan mendapati mereka berada dalam keadaan fizikal yang baik.
“Jalan penerokaan angkasa tidak mudah, penuh cabaran. Itulah sebab kami memilih laluan ini,” kata Chen Dong, salah seorang angkasawan selepas mendarat.
Bagaimanapun, mereka bangga kerana berjaya menyelesaikan misi dan pulang dengan selamat.
Menurut CMSA lagi, kapal Shenzhou-20 yang rosak akan kekal di orbit untuk menjalankan eksperimen dan sepanjang tempoh tambahan sembilan hari di angkasa, kru terus bekerja bersama pasukan baharu kerana Stesen Tiangong mampu menampung dua kumpulan kru serentak.
Stesen Tiangong, yang siap pada 2022, merupakan satu daripada dua stesen angkasa aktif selain Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).
Program Shenzhou menjadi kebanggaan negara China dengan pelbagai pencapaian termasuk rekod berjalan angkasa selama sembilan jam dan rancangan menerima angkasawan asing, termasuk dari Pakistan, tahun depan.
Sementara itu, China terus memperkukuh kedudukan dalam penerokaan angkasa, sekali gus mencetuskan persaingan dengan Amerika Syarikat yang merancang menghantar angkasawan ke bulan semula.
Ringkasan AI
- Tiga angkasawan China selamat mendarat ke bumi selepas misi pulang ditangguhkan seminggu akibat insiden serpihan angkasa yang merosakkan kapal angkasa Shenzhou-20.
- Angkasawan kembali dengan selamat menggunakan kapal Shenzhou-21, sementara kapal Shenzhou-20 yang rosak akan kekal di orbit untuk menjalankan eksperimen.
- China meneruskan usaha penerokaan angkasa dengan kejayaan misi Shenzhou serta merancang menerima angkasawan asing termasuk dari Pakistan, sambil bersaing dengan Amerika Syarikat dalam agenda penerokaan angkasa.