awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga bom meletup di Sungai Golok, empat penduduk cedera

Bernama
Bernama
09/04/2018
15:10 MYT
Tiga bom meletup di Sungai Golok, empat penduduk cedera
Tiga butir bom meletup di bandar Sungai Golok, selatan Thailand kira-kira 6 petang tadi (waktu tempatan) mengakibatkan sekurang-kurangnya empat orang penduduk tempatan cedera. - Foto BERNAMA
Sekurang-kurangnya empat penduduk tempatan cedera apabila tiga butir bom meletup serentak di beberapa kawasan di Sungai Golok, selatan Thai yang terletak berhampiran Rantau Panjang di Kelantan.
Kapten Traipop Donprai-laorong dari Balai Polis Sungai Golok, berkata kejadian berlaku kira-kira 6 petang (waktu tempatan).
"Motif serangan bom kali ini dipercayai untuk mensabotaj Pesta Makanan Tahunan Sungai Golok yang berlangsung mulai Sabtu lepas sehingga Rabu ini," katanya kepada pemberita hari ini.
Beliau berkata bom pertama meletup di hadapan sebuah kuil di Jalan Pracharat manakala bom kedua di belakang Hotel Plaza, dan bom ketiga pula di Lorong Raman yang terletak di bandar sempadan itu.
Kejadian letupan bom itu menyebabkan suasana panik dalam kalangan penduduk tempatan dan pelancong asing di bandar berkenaan.
Sementara itu, dalam satu kejadian berasingan di daerah Yaring, Pattani, seorang sukarelawan keselamatan tempatan cedera parah apabila sebutir bom meletup ketika beliau menghidupkan keretanya.
Kapten Khajornsak Kuamanee dari Balai Polis Yaring, berkata kejadian di Kampung Tanjung Dalor berlaku kira-kira 3 petang tadi (waktu tempatan) mencederakan Ismail Chetae, 36.
"Letupan kuat berlaku apabila mangsa cuba menghidupkan enjin keretanya. Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kaki dan seluruh badan akibat terkena serpihan bom," katanya.
Mangsa kini dirawat di unit kecemasan Hospital Pattani.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bom
#Kelantan
#Rantau Panjang
#Selatan Thai
#Sungai Golok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan