[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
INTERNATIONAL

Tiga cedera bangunan dalam pembinaan runtuh di Ohio

Astro Awani 25/11/2019 | 23:36 MYT
Ketika kejadian, pekerja terbabit sedang menuang simen untuk konkrit di tingkat enam bangunan sebelum runtuhan berlaku. (Foto AP)
Sekurang-kurangnya tiga orang cedera selepas sebuah bangunan dalam pembinaan runtuh di Cincinnati, Ohio.
Kejadian tersebut berlaku pada jam 1 petang Isnin waktu tempatan berdekatan Vine Street.
Menurut pihak berkuasa di lokasi, pekerja ketika itu sedang menuang simen untuk konkrit di tingkat enam bangunan itu sebelum runtuhan berlaku.
Tiga pekerja kontrator yang berada di tingkat lima mengalami kecederaan.
 Setakat ini, pihak berkuasa operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan kerana khuatir sekiranya masih terdapat mangsa di bawah runtuhan.
Pihak bomba berkata, dua daripada mereka cedera parah manakala seorang lagi hanya cedera ringan, namun keadaan kesemua mereka kini stabil.
Setakat ini, operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan kerana pihak berkuasa khuatir sekiranya masih terdapat mangsa di bawah runtuhan.
#bangunan dalam pembinaan #bangunan runtuh #cedera #Cincinnati #mangsa #mencari dan menyelamat #Ohio #operasi #runtuhan #simen